27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah bantuan rakan sebaya secara

tidak langsung telah mengurangkan bilangan murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah

yang diberikan oleh guru. Ini kerana melalui bantuan rakan sebaya, responden dapat merujuk masalah

yang mereka hadapi dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Selain itu, melalui bantuan rakan

sebaya juga, murid dapat saling ingat mengingati dan saling bantu membantu dalam membuat kerja

rumah.

Ini dapat dibuktikan melalui beberapa dapatan soal selidik yang telah dijalankan mengenai impak kajian

terhadap responden. Berikut adalah antara hasil soal selidik dan pemerhatian yang telah diperolehi.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan terhadap responden, 65% daripadanya suka menyiapkan

kerja rumah bersama rakan dan 100% responden menyatakan bahawa rakan sebaya adalah individu

utama yang banyak membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah.

Selain itu, jika diteliti daripada jadual semakan penghantaran buku murid oleh guru dan pentadbir

(rujuk lampiran 6) juga telah menunjukkan peningkatan jumlah murid yang menghantar buku. Ini

dapat dibuktikan dengan membandingkan jumlah responden yang menghantar buku latihan dari

tinjauan yang dibuat pada bulan April hingga Mei 2005(rujuk lampiran 5).

Kaedah yang dijalankan ini dapat membantu mengurangkan masalah murid tidak menyiapkan kerja

rumah. Namun begitu, kaedah ini masih memerlukan kombinasi dengan kaedah kaedah lain untuk

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan keputusan yang optima.

PENUTUP

Maka dengan ini, dapatlah dirumuskan bahawa Bantuan Rakan Sebaya memberikan kesan yang

mendalam terhadap peningkatan penghantaran buku latihan murid. Selain dari itu, bantuan rakan

sebaya juga telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni dikalangan responden yang kini saling bantumembantu

antara satu sama lain, bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. “Bulat

air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”.

191

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!