27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEPUTUSAN (ANALISIS DATA)

Dalam pemerhatian yang dibuat selama 2 minggu sebelum tindakan Sistem Ganjaran dilaksanakan

didapati bahawa terdapat 10 orang murid yang tidak melibatkan diri langsung semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Ini mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang

diajarkan ataupun mereka tidak berminat dengan mata pelajaran tersebut. Secara keseluruhannya,

kekerapan penglibatan murid hanyalah 119 kali dalam masa 2 minggu sebelum ganjaran diberikan.

Selepas Sistem Ganjaran diperkenalkan, didapati semua murid telah melibatkan diri semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Secara keseluruhannya, selama 2 minggu semasa

Sistem Ganjaran dijalankan, murid-murid telah melibatkan diri mereka sebanyak 369 kali berbanding

sebelum ganjaran diberikan. Walaupun ada di antara murid-murid yang hanya melibatkan diri secara

minimum namun ini adalah sesuatu yang positif kerana mereka mahu mencuba dan melibatkan diri

mereka setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan. Secara tidak langsung, ini juga akan

menyebabkan mereka lebih berusaha untuk memahami apa yang diajarkan di dalam kelas.

Terdapat satu kes iaitu seorang murid yang tidak pernah melibatkan diri semasa pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sains telah berusaha untuk melibatkan diri yang tujuannya hanyalah

untuk mendapat ganjaran. Tetapi secara tidak langsung mereka telah berjaya memahami mata pelajaran

tersebut dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan di sekolah.

REFLEKSI TINDAKAN

Hasil daripada kajian tindakan ini, saya dapat mengenal pasti bahawa kurangnya kefahaman dan minat

dalam mata pelajaran Sains telah mendorong murid-murid untuk tidak melibatkan diri semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.

Oleh itu, tindakan yang saya lakukan ialah dengan mengadakan Sistem Ganjaran untuk menarik

minat murid-murid untuk melibatkan diri mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains. Dengan adanya Sistem Ganjaran tersebut telah berjaya menarik minat murid-murid

untuk melibatkan diri dan secara tidak langsung juga telah membuatkan mereka faham apa yang diajar

kerana untuk melibatkan diri mereka harus memahami dahulu apa yang diajarkan.

Walaupun sekolah ini terletak di kawasan pedalaman tetapi kami banyak menerima lawatan-lawatan

dari pihak luar tidak kira pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh

pihak sekolah serta kursus-kursus yang harus dihadiri menyebabkan faktor kekangan masa itu sebagai

salah satu masalah yang besar bagi saya untuk menjalankan kajian ini. Tetapi saya cuba juga untuk

mencuri masa untuk menyiapkan kajian saya ini.

Sistem yang digunakan oleh saya telah dapat menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dan

juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid bagi mata pelajaran Sains. Saya dan guru-guru lain

turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid bagi mata pelajaran Sains.

PENUTUP

Hasil daripada kajian ini, disarankan bahawa selain daripada mengajar di dalam kelas tanpa mengira

kefahaman murid-murid, guru-guru harus memikirkan cara untuk menarik minat murid-murid semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.

164

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!