27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

anyak keputusan dalam satu hari berkenaan proses P&P – seperti ‘texts, literature, technology

integration, curriculum pedagogy, assesment, management’ dan disiplin murid. Mereka amat

sensitif dan reflektif tentang keperluan murid-murid mereka dan mereka inginkan satu persekitaran

yang amat kondusif untuk membantu pembelajaran murid-murid mereka. Mereka menemui kegagalan

dan kejayaan dalam pengajaran mereka; satu kegagalan cuba diatasi dan berakhir dengan kejayaan;

malah mereka mempunyai pelbagai cerita-cerita dan pengalaman yang banyak dalam hal ini.

Malangnya guru-guru tidak melihat diri mereka sebagai penyelidik. Akibatnya pengalaman-pengalaman,

cerita-cerita ini – ‘teachers’ professional lives’ kekal sebagai “a secret and their key to success often

stays behind classroom doors”.

Tuan/puan/para hadirin yang saya hormati sekalian,

Cerita dan pengalaman kejayaan dan kegagalan tuan/puan sebagai pendidik dan guru perlu dikaji,

dilaporkan dan didokumenkan – diceritakan semula sama ada dalam bentuk kes dan penyelidikan lain

– untuk dikongsi bersama; untuk dicontohi dan dijadikan model untuk peningkatan pembelajaranpengajaran

di bilik darjah. Pengalaman-pengalaman guru-guru di Kuala Tahan, Merting, Pasir Durian,

Chebong boleh dimanfaatkan oleh guru-guru di kawasan pedalaman yang lain, begitu juga

pengalaman di Sepang dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh guru-guru kita di seluruh pelusuk

tanah air ini. Penerokaan kes-kes di bilik darjah, naturalistic classroom research, amat berguna untuk

kita bina ‘personal models of teaching’ dan ‘teaching models’ yang autentik berdasarkan ‘informed

data and empirical evidence’. Ilmu keguruan khasnya ‘indigenous teaching pedagogy’ sesungguhnya

masih terlalu luas dan delicate dan amat memerlukan kita menerokai untuk memahami fenomena

keguruan yang sebenarnya. Amat terlalu sedikit yang kita fahami tentang ‘indigenous pedagogy’ ini.

Penyelidikan secara umum sudah melalui perubahan-perubahan tertentu, cepat dan mendadak. Allen

dan Shockley (1996) telah menyatakan ‘literacy research’ terutamanya telah mengalami ‘a cultural

shift’. “Research is not as concisely and neatly defined as it once was. Old formulas do not fit new

questions.” (p.20).

Dr. Verlinda Angell (1997) dalam bukunya ‘Teachers as Researchers’ menyatakan “Quantitative,

experimental research renders images of controlled procedures resulting in statical practices; but, just

as classrooms are dynamic and complex, and evolving so must the research process be flexible enough

to meet the need”.

Atwell (1993) menyatakan “As an evolving methodology, qualitative research is more responsive to

the classroom context and the complexities of the teaching environment. It allows for inquiry

conducted in the full, messy context of the life of a classroom, providing rich descriptions of people in

action”. Salah satu daripada penyelidikan kualitatif yang berkesan untuk penyelidikan di bilik darjah

ialah Kajian Tindakan (Action Research).

Tuan/puan/para hadirin yang dihormati sekalian,

Wujudnya Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di IPBA dan 27 buah MPM merupakan

satu usaha jitu Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk menjadikan penyelidikan sebagai satu budaya

kerja pendidik guru iaitu pendidik guru sebagai penyelidik yang aktif, peningkatan kualiti kerja melalui

penyelidikan dan penyelidikan kendiri asas menangani perubahan dan pembangunan diri serta organisasi.

Di IPBA, kita amat komited dengan program penyelidikan. Visi dan misi IPBA menunjukkan dengan

jelas tentang kepentingan penyelidikan dalam membentuk budaya kerja di IPBA. Antara usaha

pembudayaan penyelidikan di IPBA adalah:

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!