27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ANALISIS DATA

Jadual 1: Jumlah Murid Tidak Membawa Buku ke Sekolah

Hari

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sebelum Tindakan

37.5 %

30 %

25 %

25 %

32.5 %

Selepas Tindakan

0 %

1 (t.hadir)

0 %

0 %

0 %

Jumlah Murid : 40 orang

Jadual 1 menunjukkan jumlah murid yang tidak membawa buku ke sekolah, sebelum dan selepas

tindakan. Pada hari Isnin menunjukkan seramai 15 (37.5%) orang murid tidak membawa buku, Selasa

12 (30%) orang murid, Rabu 10 (25%) orang murid, Khamis 10 (25%) orang murid dan Jumaat 13

(32.5%) orang murid tidak membawa buku sebelum tindakan.Selepas tindakan dilakukan didapati

pada hari Isnin hingga Jumaat tiada murid yang tidak membawa buku. Keputusan ini menunjukkan

bahawa kaedah membuat jadual buku amat berkesan.

Saya rasa seronok setelah melihat perkembangan yang positif ini. Saya ramalkan perkara ini agak

sukar berlaku kerana kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 1. Tetapi sangkaan saya meleset. Jadual

Buku yang diedarkan oleh saya telah diguna pakai sepenuhnya. Lihat sahajalah peratus murid yang

tidak membawa buku ke sekolah. Daripada analisis data sahaja kita sudah maklum bahawa kaedah

menggunakan Jadual Buku amat berkesan.

REFLEKSI TINDAKAN

Kaedah ini amat berkesan kerana setelah menggunakan jadual buku, ternyata bilangan murid yang

tidak membawa buku amat berkurangan sekali. Tambahan pula dengan cara ini dapat mendisiplinkan

murid supaya sentiasa mengikut jadual.

Kaedah ini juga dapat menyelesaikan masalah murid yang membawa beg berat yang telah menjadi isu

satu ketika dahulu. Saya harap agar kaedah ini dapat diguna pakai oleh guru-guru untuk mata pelajaran

yang lain. Walau bagaimanapun kaedah ini hanyalah bersesuaian untuk murid tahap 1 sahaja. Ini

kerana murid-murid tahap 2 tidak dibekalkan dengan buku yang banyak. Saya memang teruja untuk

melaksanakan tugas ini. Inilah merupakan tugasan yang melibatkan tindakan yang selama ini belum

pernah saya lalui. Walaupun tugas ini tidaklah sebesar mana namun impaknya kepada saya amat besar.

Di sinilah terlontarnya kepetahan kepimpinan dan sikap sabar itu diuji oleh Allah s.w.t. Tidak dapat

tidak memang tugasan ini mengganggu rakan-rakan lain untuk mengajar. Tetapi sikap teruja itu berjaya

melenyapkan sikap malu yang ada pada saya selama ini. Masa itu emas memang benar sama sekali.

Masa yang diperuntukkan untuk menjayakan kajian tindakan ini tidaklah sebegitu lama. Tetapi untuk

menghasilkan laporan hitam putih itu memakan masa dan memerlukan sikap tekun.

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!