27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Mengatasi Masalah Tidak Menyiapkan Kerja Rumah

Melalui Kaedah Berstruktur

Oleh

S. ANUREKHA

S. MARUTHAI

SJK (T) Ampar Tenang

Dengkil, Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan ke atas 5 orang pelajar Tahun 4 di SJK(T)

Ladang Ampar Tenang, Dengkil, Selangor. Secara umumnya murid-murid

yang dikenal pasti menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja rumah

yang diberi. Selalunya pelajar menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja

rumah semasa membuat soalan-soalan berbentuk kefahaman. Guru telah

mengenal pasti masalah ini semasa mengumpul buku latihan murid, mereka

yang tidak meyiapkan kerja rumah enggan menghantar buku mereka. Faktor

yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah ketiadaan bantuan di

rumah, pengaruh rakan sebaya dan sosio ekonomi. Guru juga telah mengenal

pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Seterusnya guru

telah megambil kaedah berstruktur untuk mengatasi masalah ini. Tindakantindakan

yang diambil menghasilkan keputusan yang memuaskan.

ISU KAJIAN

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting bagi murid-murid .Setelah habis

sesuatu pengajaran dan pembelajaran memberi kerja rumah penting bagi mengetahui tahap pencapaian

murid-murid. Dengan ini, guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan tahap

pencapaian pelajar. Ekoran daripada itu juga, guru dapat mengenal golongan murid yang pandai dan

yang kurang upaya menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajar. Apabila diambil kira kepentingan

pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seorang kanak-kanak, adalah kritikal untuk seorang

guru memberi pertimbangan terhadap kerja rumah yang diberi kepada murid–muridnya. Kejayaan

seorang murid menguasai sesuatu pelajaran juga bergantung kepada keberkesanan kerja rumah yang

diberikan.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ampar Tenang, terletak di kawasan luar bandar. Seramai

seratus orang pelajar sedang menimba ilmu di sini. Suasana sekolah ini sunyi dan bebas daripada

sebarang gangguan . Kebanyakan pelajar yang belajar di sini terdiri daripada golongan yang sederhana

iaitu kurang berpendidikan. Boleh dikatakan bahawa 10% peratus pelajar datang dari bandar.

146

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!