27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Setelah saya menjalankan permainan padanan kad ini, saya dapati ia adalah satu langkah awal yang

memudahkan saya untuk menarik perhatian murid supaya mengikuti pembelajaran. Saya berpendapat

bahawa cara ini amat sesuai untuk digunakan pada peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu Tahap 2, iaitu bagi murid-murid Tahun 4. Ini supaya murid-murid berasa seronok

untuk mengikuti pembelajaran kerana berbentuk permainan. Selain itu, cara ini juga memudahkan

murid kerana nilai-nilai murni telah disediakan.

Setelah murid-murid telah dapat menghasilkan rumusan melalui permainan ini, guru bolehlah

menggalakkan murid menghasilkan rumusan tanpa permainan ini terutamanya apabila murid-murid

telah melangkah ke Tahun 6.

PENUTUP

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa aktiviti permainan padanan kad telah membantu guru

meningkatkan prestasi murid dalam menjawab bahagian C format baru kertas Bahasa Melayu UPSR.

Aktiviti ini yang berbentuk permainan dan secara kumpulan mampu menambahkan minat murid.

Selain itu, oleh kerana ianya satu aktiviti berkumpulan, murid yang agak pandai boleh membantu

murid yang lemah. Secara tak langsung dapat mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid.

Selepas dua minggu menjalankan permainan tersebut, murid telah mampu mengeluarkan nilai-nilai

murni yang bersesuaian dengan petikan walaupun tanpa kad-kad yang disediakan.

Untuk tindakan selanjutnya, saya mencadangkan agar proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu terutamanya bagi bahagian Kertas 2 banyak menggunakan aktiviti berbentuk permainan.

Aktiviti sedemikian perlu diperbanyakkan terutamanya bagi murid-murid Tahun Empat, iaitu muridmurid

yang baru mengenali format bercorak peperiksaan UPSR. Ini kerana mata pelajaran Bahasa

Melayu Penulisan agak menjemukan dan sukar dikuasai jika diajar tanpa aktiviti yang mampu

menarik perhatian murid. Ini disebabkan pembelajaran murid sewaktu di Tahap satu agak berbeza

daripada pembelajaran di Tahap 2. Oleh itu, sewaktu awal peralihan tahap, murid perlu disemai dan

dipupuk minat ke arah Penulisan Bahasa Melayu agar mereka merasakan ia adalah sesuatu yang

menyeronokkan.

172

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!