27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jadual 1 menunjukkan, semasa Ujian pra murid masih belum jelas akan kehendak dan keperluan soalan.

Terdapat sebahagian murid yang langsung tidak mendapat markah kerana memberikan jawapan yang

langsung tidak menepati kehendak soalan.

Selepas murid mengikuti aktiviti permainan kad selama dua minggu, murid lebih jelas dengan

kehendak soalan. Hasil Ujian Pasca mendapati murid mampu mendapat markah yang lebih baik

daripada sebelumnya kerana jawapan yang diberikan lebih menepati kehendak soalan.

Berikut dinyatakan skema pemarkahan yang digunakan untuk menilai jawapan murid.

Jadual 2: Skema Pemarkahan Bahagian C Bahasa Melayu Kertas 2

Markah

Tahap pencapaian

0 – 4 Lemah

5 – 9 Sederhana

10 -14 Baik

15 – 20 Cemerlang

Berdasarkan analisis ujian pra, didapati tiada murid yang mencapai tahap cemerlang bagi Bahagian

C, 2 orang mencapai tahap baik, 12 orang mencapai tahap sederhana dan terdapat 9 orang yang boleh

dikategorikan sebagai lemah.

Analisis ujian pasca pula menunjukkan 2 orang murid telah berjaya mencapai tahap cemerlang bagi

Bahagian C. 11 orang mencapai tahap baik, manakala 10 orang murid pula mencapai tahap sederhana.

Tiada lagi murid yang boleh dikategorikan sebagai lemah kerana mereka telah berjaya mendapatkan

markah sekurang-kurangnya 5 ke atas. Ini menunjukkan terdapat peningkatan markah yang mampu

dicapai oleh murid. Pemarkahan untuk format baru kertas Bahasa Melayu UPSR adalah secara holistik

dan tidak lagi menggunakan pemarkahan seperti format lama.

Kesimpulannya, berdasarkan peningkatan markah yang diperolehi oleh setiap murid, menunjukkan

murid telah mampu mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam sesuatu petikan dan telah boleh

menggunakan nilai-nilai murni serta mampu menghasilkan satu rumusan dengan lebih baik berbanding

sebelum ini.

REFLEKSI TINDAKAN

Sepanjang menjalankan kajian terhadap masalah untuk meningkatkan kemahiran merumus karangan

Bahasa Melayu ini, saya berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya ialah untuk meyakinkan

murid bahawa format baru Kertas Bahasa Melayu UPSR ini tidaklah terlalu sukar dan sesuai

diperkenalkan pada masa ini.

Selain itu, sukar juga untuk saya menarik perhatian murid, terutamanya murid-murid yang lemah

untuk menumpukan perhatian dan memupuk minat terhadap karangan rumusan. Saya juga menghadapi

masalah untuk menggalakkan murid mengeluarkan dan mengembangkan idea.

Di samping itu, saya juga sukar untuk berkongsi masalah dan pengalaman bersama guru-guru di

sekolah dan juga guru-guru berhampiran kerana masing-masing menghadapi masalah yang sama

dan tidak mempunyai strategi yang jelas untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

rumusan pada peringkat awal.

171

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!