27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Keadaan ini dapat dikesan melalui keputusan-keputusan peperiksaan yang dijalankan secara berkala di

kebanyakan sekolah. Menurut pandangan penulis, kebanyakan sekolah yang menghadapi masalah ini

adalah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman atau terpencil daripada hubungan luar. Terdapat

satu situasi di mana peratus murid-murid yang lulus dalam Bahasa Inggeris di sesebuah sekolah

menurun dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Contohnya, jika murid A mendapat 90% dalam

Bahasa Inggeris ketika berada di Tahun 2 kemungkinan peratus yang diperolehinya ketika berada di

Tahun 5 akan menurun.

Penulis berpendapat adalah penting untuk menghasilkan individu yang berkemahiran dalam Bahasa

Ingeeris sesuai dengan kehendak pasaran semasa yang mahukan pelajar-pelajar ini adalah benar-benar

berkualiti terutamanya apabila berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan berkomunikasi

dalam Bahasa Inggeris adalah satu kredit yang penting yang dapat memberikan keyakinan yang lebih

kepada pelajar tersebut untuk bersaing dengan individu yang lain.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Sekolah Kebangsaan LKTP Sg Retang, Jerantut adalah tidak terkecuali daripada keadaan ini.

Keputusan ujian-ujian berkala PKSR yang dijalankan terdapat pergerakan graf yang berubah-ubah

mengikut tahap sesuatu tahun dan juga individu. Sebagai contoh, bagi Tahun 4 terdapat penurunan

peratusan murid yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris PKSR 2 berbanding dengan PKSR

1. Namun, peratusan ini menunjukkan sedikit peningkatan dalam PKSR 3.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan yang

sedemikian berlaku. Antaranya ialah kurangnya minat membaca di kalangan murid-murid. Muridmurid

tidak berminat untuk mambaca bahan-bahan berbahasa Inggeris kerana mereka berpendapat

bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sukar untuk mereka pelajari. Apatah lagi apabila mereka

terikut-ikut dengan ejaan dan sebutan dalam Bahasa Melayu. Mereka berpendapat bahawa sebutan

perkataan dalam Bahasa Melayu adalah berdasarkan ejaannya. Begitulah anggapan mereka dengan

Bahasa Inggeris.

Kurangnya membaca bahan-bahan berbahasa Inggeris ini menyebabkan pengetahuan perbendaharaan

kata yang terhad di kalangan murid-murid. Apabila murid-murid ini tidak terdedah secara meluas

dengan perbandaharaan kata yang baru setiap hari, mereka terikat untuk menggunakan perkataan yang

sama setiap kali mereka membina ayat sama ada secara lisan atau bertulis.

Selain itu, pada hemat penulis dorongan yang terlalu amat sedikit yang ditunjukkan oleh ibu bapa

dan penjaga menyebabkan mereka menjadi kurang minat. Hanya terdapat segelintir para ibu bapa

dan penjaga ini yang benar-benar prihatin dengan prestasi pelajaran anak-anak. Kebanyakan daripada

ibu bapa dan penjaga ini adalah mereka yang mempunyai kerjaya ataupun setidak-tidaknya mendapat

sedikit pendedahan dalam pendidikan. Setidak-tidaknya mereka mendapat pendidikan hingga ke

peringkat SPM. Bagi murid-murid yang kurang minat pula, kebanyakan ibu bapa dan penjaga mereka

kurang mengambil tahu dengan prestasi pelajaran anak-anak. Bukan setakat mereka tidak pernah

menunjukkan muka ketika majlis-majlis yang dijalankan oleh pihak sekolah malah tidak pernah

mengambil tahu cukup tidaknya kelengkapan persekolahan anak-anak seperti alat tulis dan buku-buku

latihan. Selain daripada itu, para ibu bapa ini tidak pernah terlintas untuk memeriksa buku latihan

anak-anak. Oleh itu, berlakulah situasi seperti buku hilang, buku koyak, latihan tidak lengkap dan

sebagainya.

Malah, penulis berpendapat terdapat faktor-faktor sampingan yang menyumbang kepada perubahan

peratus ini. Antaranya ialah bentuk soalan yang terlalu sukar dalam Kertas Bahasa Inggeris PKSR 2.

Penyediaan soalan yang dibuat secara berpusat mungkin menyebabkan penyedia soalan menyediakan

37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!