27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca (Rujuk Lampiran A dan D).

Ujian Pra dan Pasca disediakan berdasarkan perbincangan bersama guru-guru Bahasa Melayu Tahap

2 dan juga berpandukan rujukan buku. Ujian Pra telah dilaksanakan pada 9 Mei 2005. Ujian Pasca

pula dilaksanakan pada 13 Jun 2005. Pemarkahan untuk kedua-dua ujian dilakukan secara holistik. Ini

bermakna hasil jawapan murid dinilai secara keseluruhan.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Ujian Pra (Rujuk lampiran A) telah ditadbirkan pada 9 Mei 2005.Tujuan ujian tersebut untuk meninjau

kelemahan murid. Setelah disemak hasil jawapan murid, guru telah dapat mengesan tahap kebolehan

murid merumus karangan.

Dalam sesi pengajaran pada 12 Mei 2005, guru telah memberikan satu set ayat-ayat yang perlu dihafal

oleh murid-murid untuk menjawab bahagian C Kertas 2 soalan Bahasa Melayu UPSR. Murid diminta

menghafal secara berpasangan.Murid telah diberi masa selama lima hari untuk menghafal ayat-ayat

tersebut (Rujuk lampiran B).

Selepas lima hari, iaitu pada 16 Mei 2005, guru telah menjalankan aktiviti permainan padanan kad.

Aktiviti ini dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:

1. Mempamerkan satu petikan di hadapan kelas.

2. Murid diminta membaca petikan.

3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

4. Setiap kumpulan diberi satu petikan.

5. Secara kumpulan, murid diminta menggariskan isi-isi penting

yang terdapat dalam petikan.

6. Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan.

7. Guru menunjukkan kad-kad yang mengandungi nilai-nilai murni kepada murid

(Rujuk lampiran C).

8. Murid diterangkan makna setiap nilai-nilai murni tersebut.

9. Murid diminta memadankan kad-kad berkenaan dengan isi-isi penting yang

telah digariskan dalam petikan yang dipamerkan di hadapan kelas.

10. Murid menggunakan ayat-ayat yang telah diberi oleh guru untuk dihafal dan

menggabungkannya dengan nilai-nilai murni untuk menghasilkan satu

rumusan.

Permainan ini dijalankan selama dua minggu.

Pada 13 Jun 2005 Ujian pasca telah dijalankan bagi menilai keberkesanan hasil permainan tersebut

(Rujuk lampiran D).

169

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!