02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

d) Kekerapan Lawatan Penyeliaan Kurang Memuaskan

Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan bahawa penyelia hendaklah melakukan

penyeliaan terhadap setiap guru sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Semakan Audit terhadap Laporan Bulanan Penyeliaan mendapati purata penyeliaan

setiap guru KAFA adalah 4.6% daripada norma yang ditetapkan bagi tahun 2006 hingga

2008. Adalah didapati, penyelia lebih kerap melawat sekolah untuk menghantar

maklumat berkaitan pengurusan KAFA dan menghadiri aktiviti KAFA tetapi tidak

mengambil peluang untuk menyelia guru dan kelas KAFA. Bagi tahun 2006 hingga 2008,

sebanyak 728 lawatan penyelia ke sekolah di mana hanya 563 penyeliaan dibuat

terhadap guru KAFA. Maklumat lanjut mengenai laporan kekerapan penyelia melawat

sekolah, menyelia kelas dan guru KAFA adalah seperti di Jadual 6.5.

Jadual 6.5

Kekerapan Penyelia Melawat Sekolah, Kelas Dan Guru KAFA

Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

2006 2007 2008

Bahagian

Kuota Bil. Bil. Kuota Bil. Bil. Kuota Bil. Bil.

Guru/ Sekolah Guru Guru/ Sekolah Guru Guru/ Sekolah Guru

Kelas Dilawati Diselia Kelas Dilawati Diselia Kelas Dilawati Diselia

Kuching A 288 - - 288 43 31 292 25 5

Kuching B 236 - - 236 59 39 228 72 11

Samarahan 339 7 - 339 20 - 339 5 116

Sri Aman/Betong 369 28 - 369 87 20 369 70 11

Sarikei 250 17 13 250 45 2 250 29 15

Sibu/Kapit/Mukah 134 4 7 134 - - 134 - -

Bintulu 88 - - 88 42 48 88 21 15

Miri 175 80 41 175 - 6 179 8 12

Limbang 96 14 46 96 30 52 96 - 27

Lawas 84 - - 84 22 46 84 - -

Jumlah 2,059 150 107 2,059 348 244 2,059 230 212

Sumber: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Sarawak

Kekerapan penyeliaan terhadap guru yang rendah adalah disebabkan faktor keluasan

Negeri Sarawak, jarak antara sekolah, sistem perhubungan dan pengangkutan yang

tidak memuaskan. Selain itu, peruntukan elaun perjalanan penyelia tidak mencukupi

untuk membiayai perbelanjaan perjalanan memandangkan terdapat sekolah yang jauh

dan tidak dapat dihubungi melalui jalan raya dan perlu bermalam seperti SK Telok

Melano dan SK Salak di Bahagian Kuching. Keadaan ini menjadi lebih sukar dengan

bilangan penyelia yang terhad iaitu nisbah penyelia dengan guru 1:256 dan tambang

pengangkutan awam yang mahal. Contoh jarak dan tambang pengangkutan awam dari

Pejabat Agama Islam untuk enam Bahagian di Sarawak ke daerah atau sekolah yang

dilawati oleh penyelia adalah seperti di Jadual 6.6.

98

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!