02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Adalah didapati juga, kelulusan secara bertulis tidak diperolehi untuk membuat Auto

Write Off. Butiran mengenai proses auto write off yang tidak dibuat adalah seperti di

Jadual 9.16.

Jadual 9.16

Proses Auto Write Off Tidak Dibuat

Bilangan

Peminjam

Nama Skim Pinjaman

5 Pinjaman Pelajaran 94,000

5 Biasiswa Pinjaman 114,850

Jumlah 208,850

Sumber: Lejar Peminjam Tahun 2006 Hingga 2008

Amaun Diluluskan

(RM)

Pada pendapat Audit, fungsi proses data hendaklah diaktifkan selepas Laporan Edit

disemak dan semua pindaan dan input ke sistem wajib disahkan dan dibenarkan.

iii) Notis Bayaran Balik Pinjaman dan surat peringatan boleh dikeluarkan melalui

Financial Information System Higher Education Account Receivable. Bagaimanapun,

sistem ini tidak mempunyai program atau fungsi untuk mengesan atau memberi

amaran apabila tarikh Notis Bayaran Balik Pinjaman dan surat peringatan telah

matang. Keperluan pengguna tidak dikenal pasti bagi memudahkan prosesan

bayaran balik dan pemantauan sebelum tindakan seterusnya boleh dilakukan.

Ketiadaan fungsi sistem untuk mengesan atau memberi amaran tentang bayaran

balik telah mengakibatkan kegagalan mengeluarkan Notis Bayaran Balik dan surat

peringatan dalam tempoh yang berkesan.

c) Kawalan Output

Kawalan selepas prosesan hendaklah diwujudkan bagi memastikan laporan yang

dikeluarkan oleh komputer adalah lengkap, tepat dan wajar.

i) Laporan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Tidak Tepat

Semakan Audit mendapati laporan tunggakan untuk bayaran balik pinjaman

tidak disediakan dengan tepat. Pinjaman untuk seramai 3,782 peminjam dari

tahun 1975 hingga 2008 telah diluluskan sejumlah RM49.79 juta tetapi pinjaman

berkenaan tidak diambil kira dalam sistem. Daripada jumlah tersebut, pinjaman

sejumlah RM5.02 juta yang matang melibatkan seramai 1,963 peminjam tidak

diproses dan masih berstatus Not posted dalam Financial Information System-Higher

Education Account Receivable (Generate Repayment Schedule). Perkara ini berlaku

kerana data peminjam tidak diproses dalam sistem untuk tujuan bayaran balik

pinjaman. Ini mengakibatkan Notis Bayaran Balik, surat peringatan dan Penyata

Akaun Peminjam tidak dapat dijanakan daripada sistem tersebut. Selain itu, laporan

tunggakan dan Akaun Terimaan kurang dinyatakan. Keadaan ini juga mengakibatkan

penjadualan bayaran balik pinjaman tidak dapat dilakukan dalam tempoh

perakaunan yang sepatutnya. Pada pertengahan Julai 2008, Pengarah Yayasan

telah memutuskan supaya menjadualkan semula pembayaran balik berdasarkan

tarikh 1 Januari 2008. Arahan ini mengakibatkan jumlah penghutang pada Penyata

Kewangan Tahunan Yayasan kurang dinyatakan.

178

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!