02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan Kumpulan BDC pada keseluruhannya adalah

memuaskan berbanding dengan prestasi kewangan Syarikat berdasarkan nisbah

kewangan yang dicatatkan bagi tahun 2005 hingga 2007.

11.5.9 Pelaburan Dalam Syarikat Subsidiari

Setiap pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari bertujuan untuk mendapat pulangan

yang baik dan dapat menambah sumber pendapatan syarikat. Semakan Audit mendapati

BDC telah membuat pelaburan dalam tujuh syarikat subsidiari bernilai RM3.08 juta dan tiada

perubahan dibuat terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari bagi tahun 2005 hingga

tahun 2007. Sebanyak empat daripada tujuh syarikat subsidiari BDC adalah tidak aktif tetapi

masih dikekalkan bagi tujuan mendapatkan pengurangan cukai (tax benefit) di masa

hadapan. Maklumat pelaburan dalam syarikat subsidiari dan keuntungan/kerugian terkumpul

yang dicatatkan oleh syarikat subsidiari BDC adalah seperti di Jadual 11.17.

Jadual 11.17

Analisis Syarikat Subsidiari BDC Bagi Tahun 2005 Hingga 2007

Bil. Nama Syarikat Aktiviti Utama

Peratusan

Jumlah Keuntungan/

Pegangan Pelaburan Kerugian Terkumpul

2005 2006 2007

(%) (RM) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1.

Pengurusan Projek

BDC In-Situ Sdn.

dan Pembangunan

Bhd.

Hartanah

60 1,200,000 (7.64) (7.82) (8.22)

2.

BDC Stallion Sdn. Pembangunan

Bhd.

Hartanah

60 780,000 3.49 3.86 4.96

3.

BDC Realty Sdn. Pembangunan

Bhd.

Hartanah

55 192,500 0.35 0.57 0.88

4.

BDC Properties

Sdn. Bhd.

Tidak Aktif 100 500,000 (0.55) (0.72) (0.72)

5.

Arrowork

Development Tidak Aktif 51 204,000 (0.02) (0.02) (0.03)

Sdn. Bhd.

6.

Harta Niaga BDC

Tidak Aktif

Sdn. Bhd.

100 200,000 (0.84) (0.88) (0.89)

7.

BDC Satria Sdn.

Tidak Aktif

Bhd.

100 4 (1.30) (1.30) (1.30)

Jumlah 3,076,504 6.51 6.31 5.32

Sumber: Rekod Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.

Semakan Audit mendapati BDC telah menyediakan laporan kewangan bagi semua syarikat

subsidiari. Selain itu, BDC juga memantau pengurusan syarikat subsidiari melalui laporan

kewangan yang dibentangkan melalui mesyuarat Lembaga Pengarah.

Analisis Audit mendapati syarikat subsidiari telah berhutang sejumlah RM8.26 juta kepada

BDC pada tahun 2007. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM6.12 juta atau 74.1% adalah

daripada Syarikat BDC In-Situ Sdn. Bhd. dan baki RM2.14 juta atau 25.9% adalah daripada

subsidiari BDC yang lain. Justeru, BDC telah memperuntukkan hutang ragu sejumlah RM2.0

juta terhadap Syarikat BDC In-Situ Sdn. Bhd. pada tahun 2007 kerana syarikat tersebut

tidak berupaya membayar hutang. Butiran mengenai jumlah hutang oleh syarikat subsidiari

adalah seperti di Jadual 11.18.

203

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!