02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada pendapat Audit, keputusan pengajian peminjam dan data peminjam hendaklah

dimasukkan ke sistem bagi membolehkan Seksyen Bayaran Balik menjanakan Jadual

Bayaran Balik Pinjaman dan mengeluarkan Notis Bayaran Balik.

9.5.13 Tindakan Undang-Undang Kurang Dilaksanakan

Mengikut perjanjian pinjaman, peminjam atau penjamin hendaklah menanggung yuran

peguam untuk mendapat bayaran balik pinjaman melalui proses undang-undang.

Semakan Audit mendapati pada Ogos 2008 seramai 8,286 peminjam yang melibatkan

pinjaman sejumlah RM28.51 juta gagal menjelaskan pinjaman melebihi tempoh 120 hari.

Tindakan undang-undang tidak diambil terhadap peminjam yang tidak mematuhi syarat

perjanjian pinjaman kerana tiada mekanisme pemantauan yang berkesan. Ini

mengakibatkan hutang pinjaman semakin bertambah.

Semakan Audit juga mendapati bagi tahun 2006 hingga 2008, seramai 15 peminjam yang

mempunyai cagaran telah dikemukakan untuk tindakan panel peguam. Seramai dua

peminjam telah membayar balik pinjaman sekali gus sejumlah RM59,800, seramai lima

peminjam membayar balik secara ansuran berjumlah RM34,450 dan lapan peminjam masih

gagal membayar balik setelah Notice of Demand atau saman dikeluarkan. Kesemua kes

tersebut telah dikendalikan oleh Marikan & Associates dan Jayadi & Company dengan kos

guaman sejumlah RM4,366 yang ditanggung oleh Yayasan.

Pada pendapat Audit, tindakan untuk mendapat bayaran balik pinjaman melalui

proses undang-undang hendaklah dipertingkatkan bagi mengurangkan jumlah

tunggakan bayaran balik pinjaman.

9.5.14 Kawalan Am

Penggunaan komputer hendaklah dikawal bagi mengelak penyalahgunaan, kesilapan

membuat keputusan yang disebabkan oleh data tidak tepat dan mengelak kos perolehan

perkakasan serta perisian yang tinggi.

a) Kawalan Akses Logikal

Capaian kepada sistem hendaklah dihadkan kepada pegawai yang diberi kuasa sahaja.

Seksyen Pendidikan Tinggi mempunyai tiga orang Pembantu Tadbir Gred N17 untuk

Skim Pinjaman Pelajaran yang bertanggungjawab untuk menyedia dokumen input.

Temu bual dengan pegawai berkenaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang

had akses ke perisian sistem dan fail data Pendidikan Tinggi hanya dikawal dari segi

kata laluan sahaja. Perkara ini telah disahkan oleh pegawai berkenaan. Sehubungan ini,

tanpa had akses ke Sistem Pendidikan Tinggi boleh mendedahkan pengguna kepada

data dimanipulasikan.

169

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!