02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

9.3 SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi tahun 2006 hingga 2008. Bagi bayaran balik pinjaman,

skop diperluaskan untuk tahun sebelum 2006. Skim Pinjaman Pelajaran yang dipilih adalah

untuk Pendidikan Tinggi dan Pendidikan Teknikal. Ia juga meliputi semua peringkat

pengajian iaitu Sijil, Diploma, Ijazah dan Sarjana sama ada di Institut Pengajian Tinggi

Awam mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta di dalam atau di luar negara. Pemeriksaan

Audit dijalankan di Ibu Pejabat Yayasan, Wisma Satok, Kuching.

9.4 KAEDAH PENGAUDITAN

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak, mengkaji serta menganalisis integriti

data dan maklumat berasaskan rekod kewangan, laporan, minit mesyuarat dan dokumen

berkaitan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Audit Command Language

dan Structured Query Language (SQL). Ujian walkthrough terhadap proses kerja dan sistem

kawalan dalaman turut dijalankan. Temu bual dengan penyelia, pegawai yang

mengendalikan sistem dan pengguna juga turut dijalankan untuk mengetahui peringkat

akses sistem yang dibenarkan dan memastikan prosedur sistem dipatuhi. Di samping itu,

Borang Soal Selidik Kepuasan Peminjam juga diedarkan kepada 50 peminjam untuk

mendapatkan pandangan mereka.

9.5 PENEMUAN AUDIT

9.5.1 Pembiayaan Pinjaman Tertangguh

Pembayaran pertama untuk pinjaman dibuat setelah semua dokumen seperti surat

perjanjian, surat perakuan, surat kebenaran disempurnakan dan dikembalikan kepada

Yayasan oleh peminjam dalam tempoh yang ditetapkan.

Semakan Audit mendapati bagi tahun 2006 hingga 2008, Yayasan telah meluluskan

pinjaman berjumlah RM4.14 juta untuk 194 peminjam tetapi pembiayaan pinjaman

ditangguhkan. Antara sebab-sebab pembiayaan pinjaman ditangguhkan untuk 10 daripada

peminjam tersebut ialah surat perjanjian tidak dikembalikan, masalah menyediakan cagaran,

penangguhan tawaran pinjaman, menolak tawaran dan pemohon telah menerima penajaan

lain.

Semakan Audit seterusnya mendapati tiada mekanisme kawalan yang berkesan seperti

rekod pemantauan untuk memantau kes dalam pertimbangan secara sistematik.

Memandangkan permohonan dibuka sepanjang tahun, adalah sukar untuk memantau kes

tertangguh tanpa penyelenggaraan rekod yang sempurna. Mekanisme kawalan ini perlu

diwujudkan bagi memudahkan Yayasan mengambil tindakan susulan atau membatalkan

tawaran pinjaman sekiranya tidak menerima jawapan daripada pemohon selepas 30 hari

dari tarikh surat tawaran bagi Skim Pinjaman Latihan Kemahiran dan selepas 45 hari untuk

Skim Pinjaman Pelajaran. Ini menyebabkan kelewatan selama satu atau dua tahun untuk

membatalkan tawaran pinjaman tersebut. Butiran mengenai pembiayaan pinjaman

tertangguh adalah seperti di Jadual 9.1.

159

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!