02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

d) Pemasangan Saluran Paip Di Kawasan Pembetungan

Mengikut Amalan Terbaik Pemasangan Paip, paip retikulasi hendaklah dipasang di atas

paip pembetung. Amalan ini dipraktikkan bagi mengelakkan air tercemar sekiranya

berlaku kebocoran.

Semakan Audit mendapati paip retikulasi di kawasan perdagangan di Sibu diletak di

bahagian belakang bangunan kedai selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak

JKR pada tahun 1998. Arahan JKR ini adalah bercanggah dengan amalan terbaik dan

mendedahkan paip retikulasi kepada pencemaran apabila berlakunya kebocoran paip

pembetung. Adalah dicadangkan supaya peraturan berkenaan dikaji semula supaya

kesan pencemaran ke paip retikulasi daripada kebocoran paip pembetungan dapat

dielakkan. Semakan Audit seterusnya mendapati perkara ini telah dibawa ke mesyuarat

Sarawak Water Supply Consultative Committee dan akan dibentangkan kepada KKAS.

e) Pencucian Saluran Paip

Program pencucian paip perlu diadakan secara berjadual untuk memastikan kualiti air

yang dibekalkan kepada pengguna adalah mengikut piawaian yang ditetapkan.

Semakan Audit mendapati LAK hanya menjalankan pencucian paip setelah menerima

aduan daripada pengguna. Program pencucian saluran paip tidak diadakan kerana

mengikut LAK, kualiti air menepati piawaian yang telah ditetapkan. Analisis Audit

terhadap aduan bekalan air kotor bagi tahun 2006 hingga 2008 yang menunjukkan trend

yang meningkat. Pada tahun 2006, sebanyak 60 atau 1.2% daripada 4,988 aduan

diterima manakala pada tahun 2007, sebanyak 145 atau 3% daripada 4,818 aduan dan

sebanyak 364 atau 12.6% daripada 2,894 aduan diterima pada tahun 2008. Trend

peningkatan aduan adalah sebanyak 1.4% dari tahun 2006 hingga 2007 dan 151% dari

tahun 2007 hingga 2008. Analisis lanjut mendapati jumlah aduan berkenaan bekalan air

kotor di kawasan LAK menunjukkan peningkatan seperti di Carta 3.1.

Carta 3.1

Jumlah Aduan Air Kotor LAK Tahun 2006 Hingga 2008

AduanAirKotor

364

145

60

2006 2007 2008

Sumber: Lembaga Air Kuching

49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!