02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Foto 7.3

Penggunaan Top Soil Bagi Meningkatkan Kualiti Tanah

Di Kebun Pitaya

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Rampangi, Daerah Kuching

Tarikh: 8 September 2008

Pada pendapat Audit, kajian terhadap kesesuaian tanah perlu dijalankan secara

menyeluruh supaya Jabatan dapat mengenal pasti kawasan kebun yang berpotensi

diusahakan di samping dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos petani.

7.5.4 Serangan Penyakit

Serangan penyakit merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh petani kerana

mengakibatkan pokok tidak mengeluarkan hasil yang banyak dan kualiti buah adalah rendah

seperti saiz, kematangan, warna dan ketahanan. Berdasarkan penjelasan pegawai Jabatan

Pertanian, serangan penyakit adalah akibat daripada faktor cuaca dan makhluk perosak

seperti serangga, kulat dan bakteria selain sikap petani yang tidak menyenggara kebun

dengan baik.

Adalah didapati di Daerah Samarahan, Greening Disease bawaan bakteria telah

menyebabkan pokok limau perlu ditebang bagi mengawal penyakit ini daripada merebak.

Menurut rekod Jabatan, serangan ini berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1988 dan

2002 yang mengakibatkan kerugian kepada petani. Pada tahun 1992, Jabatan ada

membuat survei dan mendapati kawasan seluas 1,143 hektar melibatkan empat daerah di

Bahagian Samarahan dijangkiti Greening Disease dengan dianggarkan kerugian sejumlah

RM6.50 juta. Pada tahun 2005, Jabatan sekali lagi menjalankan survei di empat daerah di

Bahagian Samarahan yang melibatkan kawasan seluas 693.8 hektar apabila berlakunya

serangan kedua. Jabatan ada membuat penyelidikan secara usaha sama dengan National

Taiwan University untuk mengatasi masalah ini di kawasan Asajaya, Bahagian Samarahan

dan Teku di Bahagian Sibu. Merujuk kepada Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok,

penyelidikan ini masih dalam proses mengumpul data bagi tujuan analisis oleh pihak

berkuasa sebelum hasil penyelidikan ini dapat dilulus untuk digunakan.

125

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!