02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Semakan Audit mendapati setakat akhir tahun 2008, Negeri Sarawak mempunyai HSK

seluas 5.56 juta hektar yang telah diwartakan. Bagaimanapun, bagi tahun 1990 hingga

2008 seluas 0.96 juta hektar HSK telah dimansuhkan di mana 18,352 hektar

dimansuhkan bagi tahun 2006 hingga 2008. Baki keluasan kawasan HSK adalah

sejumlah 4.60 juta hektar. Kawasan HSK yang telah dimansuhkan dan belum diganti

adalah seperti di Jadual 5.8.

Jadual 5.8

HSK Yang Dimansuhkan Dan Belum Diganti

Sehingga 31 Disember 2008

Hutan Simpan Kekal

Wilayah

Diwartakan Dimansuhkan

Sehingga 2008 (1990 – 2008)

Baki

(Ha)

(Ha)

(Ha)

Kuching 293,450 173,753 119,697

Sibu 3,219,253 353,253 2,866,000

Bintulu 460,070 65,765 394,305

Miri 1,577,758 363,404 1,214,354

Jumlah 5,550,531 956,175 4,594,356

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Jabatan Hutan Sarawak memaklumkan pewartaan sesuatu kawasan hutan menjadi HSK

merupakan “on-going process” yang melibatkan proses pewartaan kawasan Hutan

Perlindungan (Protected Forest). Proses pewartaan ini bukanlah satu yang boleh

dilakukan dengan mudah kerana ianya melibatkan masa, tenaga dan kewangan.

Sehingga kini, Jabatan Hutan Sarawak telah mencadangkan kawasan seluas 1,033,537

hektar sebagai kawasan HSK yang mana kawasan ini meliputi 636,813 hektar kawasan

tanah kerajaan dalam lesen ladang hutan dan kawasan-kawasan lain seluas 396,724

hektar. Jabatan berharap usaha untuk mencapai sasaran penubuhan HSK terlaksana

sepenuhnya walaupun penubuhannya memakan masa yang panjang. Terdapat

beberapa kawasan HSK yang diwartakan telah dimansuhkan untuk dijadikan Hutan

Lindungan Sepenuhnya (totally protected forests-TPAs) yang meliputi kawasan seluas

107,384 hektar. Antara kawasan yang terlibat adalah H.S. Maludam, H.S. Kuching

Wetland, H.S. Sebuyau dan sebagainya. Jabatan Hutan Sarawak mengambil langkah

untuk memansuhkan kawasan HSK kepada HLS bagi memastikan kawasan tersebut

tidak diancam oleh arus pembangunan dan sebagai usaha ke arah konservasi flora dan

fauna.

Pada pendapat Audit, matlamat untuk mencapai sasaran enam juta hektar HSK tidak

akan tercapai sekiranya usaha segera tidak diambil untuk mewartakan kawasan hutan

yang telah dikenal pasti sebagai menggantikan HSK yang telah dimansuhkan.

Peruntukan undang-undang yang sedia ada hendaklah diperkemas dengan

mewajibkan setiap HSK yang dimansuhkan diganti dengan segera.

b) Hutan Lindungan Sepenuhnya Yang Belum Diwartakan

Matlamat Kerajaan Negeri menetapkan sejumlah satu juta hektar hutan diwartakan

sebagai kawasan HLS. Setakat tahun 2008, Negeri Sarawak mempunyai 37 kawasan

HLS seluas 0.88 juta hektar. Kawasan tersebut terdiri daripada kawasan Taman Negara,

Taman Hidupan Liar dan Rizab Semulajadi. Daripada jumlah tersebut, 20 kawasan

83

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!