02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

analisis seperti pH, hazen, turbidity dan residual chlorine. Lawatan Audit juga mendapati

LRA Mukah, Kapit, Maradong dan Marudi hanya mempunyai makmal di loji dan

menjalankan ujian fizikal. Makmal LRA Mukah tidak menjalankan ujian turbidity kerana

peralatan tidak dibekalkan ke loji berkenaan.

Pemeriksaan Audit mendapati rekod ujian yang diselenggara oleh LAK, LAS dan LAKU

adalah lengkap dan mudah diperolehi. Bagaimanapun, rekod ujian yang disimpan oleh

makmal loji JKR adalah tidak teratur kerana penyimpanan rekod yang tidak sistematik

dan konsisten. Tiada laporan analisis bulanan atau tahunan dibuat oleh pihak JKR untuk

menentukan tahap prestasi kualiti air yang dibekalkan.

c) Peralatan Pengujian

Lawatan Audit mendapati senarai lengkap peralatan yang digunakan dan dimiliki ada

disimpan dan dikemas kini oleh LAK, LAS dan LAKU. Peralatan pengujian di makmal

berpusat LAK, LAS dan LAKU adalah sempurna kerana mampu menjalankan ujian

sekurang-kurangnya hingga kumpulan III. Adalah didapati makmal Loji JKR tidak

menyediakan senarai peralatan yang dimilikinya dengan lengkap dan kemas kini.

Namun demikian, makmal loji JKR mempunyai sekurang-kurangnya peralatan untuk

membuat ujian fizikal seperti pH, hazen, turbidity dan residual chlorine kecuali makmal

loji Mukah yang mempunyai turbiditimeter on-line yang sepatutnya siap sepenuhnya

pada tahun 2006 tetapi tidak disiapkan oleh pihak kontraktor. Oleh itu, JKR hendaklah

memastikan kontraktor terlibat menyiapkan sepenuhnya peralatan di LRA Mukah supaya

pemantauan ke atas kualiti air mentah dapat dijalankan dengan berkesan. Lawatan Audit

selanjutnya mendapati Unit KMAM di Maradong, Marudi, Miri dan Kapit tidak mempunyai

peralatan yang mencukupi untuk menjalankan ujian hazen di stesen pensampelan. Unit

KMAM Marudi dan Maradong pula didapati tidak dapat menjalankan ujian in-situ kerana

peralatannya rosak dan tiada peralatan.

Berdasarkan ujian in-situ yang telah dibuat juga mendapati LAK, LAS, LAKU dan JKR

menggunakan peralatan comparator disc untuk menjalankan ujian pH dan hazen.

Penggunaan peralatan tersebut mempunyai kelemahannya kerana akan memberi

bacaan yang berbeza kerana dipengaruhi faktor cahaya. Bagaimanapun, pihak Agensi

Bekalan Air memberikan alasan bahawa penggunaan peralatan tersebut dapat

menjimatkan tempoh yang diambil dan mudah digunakan oleh penjawat awam yang ada

sekarang.

d) Penyenggaraan Peralatan

Semakan Audit mendapati kesemua Agensi Bekalan Air yang diaudit tidak

menyediakan jadual penyenggaraan yang lengkap untuk peralatan makmal yang

dimiliki kecuali LAK. LAS ada membuat penyenggaraan terhadap peralatannya dan

menyimpan rekod penyenggaraan tetapi tidak direkod dengan lengkap. Manakala JKR

tidak dapat mengemukakan rekod penyenggaraan semasa lawatan dan oleh itu pihak

Audit tidak dapat memastikan sama ada penyenggaraan ada dilakukan.

39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!