02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada pendapat Audit, BDC tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam

membayar bonus kepada kakitangannya.

11.5.12 Pemantauan

Mekanisme pemantauan perlu diwujudkan untuk menentukan pengurusan operasi dan

aktiviti syarikat Kerajaan dijalankan dengan lancar dan teratur selaras dengan objektif yang

ditetapkan. Pemantauan tersebut melibatkan di peringkat Pengurusan/Eksekutif, Lembaga

Pengarah dan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Diperbadankan.

Semakan Audit mendapati pemantauan ada dilakukan di peringkat Pengurusan Syarikat dan

Lembaga Pengarah. Mesyuarat di peringkat Pengurusan Syarikat dan Lembaga Pengarah

telah diadakan dan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan bagi mendapatkan

perkembangan projek dan aktiviti serta masalah yang dihadapi syarikat. Semenjak tahun

1992 sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 43 mesyuarat telah diadakan di peringkat

Pengurusan Syarikat dan Lembaga Pengarah.

Pada pendapat Audit, pemantauan oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah

terhadap BDC adalah memuaskan.

11.6 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, prestasi pengurusan BDC adalah kurang memuaskan.

Syarikat telah mengalami kerugian dan tidak berupaya membayar dividen kepada pihak

Kerajaan Negeri selaku pemegang saham keseluruhan dan pemilik syarikat. Beberapa

aspek dalam urus tadbir syarikat, prestasi kewangan dan pengurusan aktiviti perlu ditambah

baik supaya syarikat lebih berdaya saing, cekap dan berupaya mencapai keuntungan.

Justeru, bagi menambah baik pengurusan syarikat, adalah disyorkan:

a) Syarikat perlu membuat semakan dan ulang kaji berterusan terhadap rancangan

strategik yang disediakan supaya strategi perniagaan yang dirancang dapat

dilaksanakan. Perancangan strategik yang berkesan dan menyeluruh seperti

mempunyai pelan pemasaran yang baik dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) adalah

penting bagi menentukan hala tuju syarikat.

b) Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan perlu aktif bagi memastikan kawalan dalaman

syarikat berfungsi dengan baik dan seterusnya mewujudkan satu mekanisme check and

balance terhadap pengurusan syarikat. Selain itu, ia juga dapat membantu syarikat

dalam mengawasi dan memastikan sumber kewangan syarikat diuruskan dengan cekap

dan efektif dan seterusnya memudahkan syarikat mencapai objektifnya.

c) Syarikat hendaklah mematuhi peraturan kewangan semasa berkaitan pembayaran

bonus tahunan kakitangan dan dividen kepada pemegang saham.

d) Syarikat perlu mempunyai Standard Operating Policies And Procedures yang

didokumenkan dengan lengkap dan teratur bagi menjalankan aktivitinya dan diluluskan

oleh Lembaga Pengarah secepat mungkin bagi memastikan urus tadbir korporat yang

baik dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

206

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!