02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK

4. SERVICE LEVEL AGREEMENT SIFBAS

4.1 LATAR BELAKANG

4.1.1 Kerajaan Negeri Sarawak telah memulakan program pengkomputeran sejak tahun

1982. Program ini antara lainnya bertujuan memenuhi keperluan teknologi maklumat di

Sektor Perkhidmatan Awam Negeri untuk jangka masa panjang. Program pengkomputeran

ini melibatkan modul perakaunan seperti Gaji, Penyata Kewangan Yang Disatukan, Dana

Pesara termasuk Kumpulan Wang Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan serta Dana Balu Dan

Anak Yatim. Sistem pengkomputeran tersebut dinaiktarafkan kepada Window NT-server

platform oleh Syarikat Sarawak Information System Sdn. Bhd. (SAINS). SAINS adalah

syarikat Kerajaan dengan 100% ekuiti dipegang oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Pada tahun

1995, SAINS telah membangunkan Sistem Pinjaman untuk Perbendaharaan Negeri

Sarawak, Sistem Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor, Sistem Anggaran Tahunan Negeri

dan Sistem Anggaran Baru untuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (PSKNS).

4.1.2 Pada tahun 1993, Kerajaan Negeri Sarawak telah mewujudkan Majlis Teknologi Dan

Sumber Maklumat Negeri (Majlis) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri

Sarawak dan bertanggungjawab untuk mengawasi serta menyelaras semua aktiviti

berkaitan dengan teknologi maklumat di Sektor Awam Negeri. Pada tahun 2000, Unit

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Unit) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua

Menteri Sarawak yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras penyelenggaraan

sistem aplikasi serta menyediakan perkakasan komputer. Unit ini membantu Majlis dan

Kerajaan Negeri dalam penyelarasan polisi, strategi, haluan pembangunan, pelaksanaan

dan penguatkuasaan. Selain itu, Unit ini juga bertanggungjawab menyediakan panduan

pembangunan dan aplikasi ICT dan kandungan digital di Perkhidmatan Awam Negeri

Sarawak.

4.1.3 State Integrated Financial, Budgeting and Accounting System (SIFBAS) mula

dibangunkan pada tahun 2001 merangkumi sistem kewangan, belanjawan, perakaunan

bersepadu dan aplikasi luaran di Agensi Kerajaan Negeri yang dilaksanakan melalui 6 fasa

seperti di Jadual 4.1.

58

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!