02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

c) Nisbah Kecekapan Aliran Tunai

Penyata Aliran Tunai merupakan satu penyata yang memberikan maklumat mengenai

bagaimana sesebuah syarikat menjanakan tunai dan kesetaraan tunai serta

penggunaan tunai tersebut. Daripada penyata ini dapat dilihat sekiranya pada tahun

semasa berlaku pertambahan atau pengurangan tunai. Nisbah Kecekapan Aliran Tunai

mengukur keupayaan syarikat memperoleh sumber kewangan hasil daripada

perniagaan bagi membuat pembayaran hutang jangka pendek tanpa bergantung kepada

sumber kewangan lain. Semakin tinggi nisbah tersebut, keupayaan syarikat untuk

menjelaskan hutang adalah semakin baik.

Analisis Audit mendapati nisbah kecekapan aliran tunai BDC adalah positif pada tahun

2005 tetapi menjadi negatif pada tahun 2006. Borneo Development Corporation

(Sarawak) Sdn. Bhd. mencatatkan nisbah kecekapan aliran tunai yang positif pada tahun

2007, namun kedudukan nisbah positif 0.03:1 tersebut adalah rendah dan jika keadaan

ini berterusan, adalah dikhuatiri BDC mungkin tidak berupaya membuat pembayaran

hutang jangka pendek secara tunai daripada operasinya. Butiran nisbah kecekapan

aliran tunai BDC bagi tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti di Jadual 11.9.

Jadual 11.9

Nisbah Kecekapan Aliran Tunai

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2005 Hingga 2007

Tunai Bersih Pemiutang

Nisbah

Daripada Operasi/ Jangka Pendek

Kecekapan

Tahun (Kekurangan Tunai)

Aliran Tunai

(RM)

(RM)

(a)

(b)

(a:b)

2005 8,569,945 40,855,417 0.21:1

2006 (675,368) 30,607,204 (0.02):1

2007 742,622 25,173,305 0.03:1

Sumber: Penyata Kewangan Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.

d) Nisbah Semasa

Nisbah Semasa merupakan pendekatan yang sering digunakan untuk menilai kecairan

syarikat iaitu sejauh mana aset semasa yang ada dapat menampung tanggungan

semasa. Kedudukan nisbah antara aset semasa dan tanggungan semasa pada kadar

2:1 menunjukkan keadaan yang baik. Berdasarkan kepada nisbah semasa, BDC

mempunyai keupayaan untuk menampung keseluruhan tanggungan semasanya di

mana kadar nisbah semasanya bagi tahun 2005 hingga 2007 ialah antara 1.60:1 hingga

1.68:1. Butirannya adalah seperti di Jadual 11.10.

Jadual 11.10

Nisbah Semasa

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2005 Hingga 2007

Aset Semasa Tanggungan Semasa Nisbah Semasa

Tahun (RM Juta)

(RM Juta)

(a)

(b)

(a:b)

2005 65.27 40.85 1.60:1

2006 49.68 30.61 1.62:1

2007 42.23 25.17 1.68:1

Sumber: Penyata Kewangan Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.

199

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!