02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, menghendaki

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan serta aktiviti Kerajaan Negeri dan

mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan Ketua Audit Negara untuk

dibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

memperkenankan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Undangan

Negeri Sarawak. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan

Pengauditan Prestasi untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan telah

dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

2. Laporan saya mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Dan Pengurusan

Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2008 adalah hasil daripada pengauditan yang

dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di sembilan buah

Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kementerian Alam Sekitar Dan

Kesihatan Awam Sarawak, Kementerian Kemudahan Awam, Pejabat Setiausaha Kewangan

Negeri Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Jabatan

Pertanian Sarawak, Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak, Yayasan Sarawak dan Borneo

Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd. Program/Aktiviti yang diaudit adalah

berkaitan dengan Pengurusan Tunggakan Hasil Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan

Sarawak, Pengurusan Kualiti Air Minum, Service Level Agreement, Pengurusan Hutan Dan

Kepentingannya kepada Alam Sekitar, Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA),

Program Pembangunan Industri Buah-buahan, Pengurusan Pengambilan Balik Tanah Dan

Penggunaannya, Sistem Pengurusan Pinjaman Pelajaran Berkomputer Yayasan Sarawak

dan Pengurusan Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.. Pengauditan

terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai semua polisi, program dan projek

yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan;

spesifikasi kontrak/syarat perjanjian dipatuhi; tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya.

Pada umumnya, aktiviti yang dilaksanakan oleh lapan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri

Sarawak pada tahun 2008 menunjukkan beberapa kelemahan seperti yang saya laporkan

dalam Laporan ini.

3. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang

dilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini juga mengandungi tindakan susulan yang

telah diambil terhadap perkara yang dibangkitkan dalam laporan saya bagi tahun 2007 untuk

memberi gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihak

Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.

vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!