02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN TANAH DAN SURVEI NEGERI SARAWAK

8. PENGURUSAN PENGAMBILAN BALIK TANAH DAN PENGGUNAANNYA

8.1 LATAR BELAKANG

8.1.1 Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) ditubuhkan pada tahun 1918. Ia bertanggungjawab

terhadap Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber (KPPS) serta mempunyai 11

JTS Bahagian di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei,

Kapit, Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Visi JTS adalah sebagai organisasi yang

cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan tanah manakala misi pula adalah untuk

mentadbir dan mengurus tanah bagi memanfaatkan Negeri dan penduduk secara

profesional dan berintegriti selaras dengan inspirasi Kerajaan Negeri. Slogan JTS adalah

sebagai agen pemudah pembangunan dan mengurus tanah sejajar dengan konsep politik

pembangunan. Objektif JTS ialah mentadbir tanah supaya dapat digunakan secara cekap

dan berkesan menurut undang-undang dan peraturan yang sedia ada serta mengurus

pengambilan balik tanah.

8.1.2 Sarawak mempunyai keluasan 12.44 juta hektar tanah di mana 2.48 juta hektar

adalah Tanah Zon Campuran (Mixed Zone Land), 0.92 juta hektar Tanah Kawasan

Bumiputera (Native Area Land) dan 9.04 juta hektar adalah Tanah Kawasan Pedalaman

(Interior Area Land). Mengikut Bab 4 Kanun Tanah Sarawak 1958 (KTS), Kerajaan Negeri

melalui JTS boleh mengambil balik tanah milik orang perseorangan atau syarikat bagi

maksud awam dan kepentingan pembangunan ekonomi seperti perlombongan, perumahan,

pertanian, perniagaan dan perusahaan dengan harga berpatutan atau harga pasaran. Bagi

melaksanakan kehendak KTS 1958, dua kaedah digunakan iaitu JTS membeli terus

daripada pemilik tanah dan melalui proses pengambilan balik tanah. Pengambilan balik

tanah melibatkan sejumlah kos yang perlu dibayar iaitu berupa bayaran pampasan, kos

survei dan caj perkhidmatan.

8.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada proses pengambilan balik tanah

telah dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta

tanah yang diambil balik telah digunakan dan dimajukan mengikut tujuan pengambilannya.

8.3 SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi pengurusan pengambilan balik tanah dan penggunaannya

bagi tahun 2006 hingga 2008 dan di mana perlu skop diperluaskan meliputi tahun

sebelumnya.

138

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!