02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bilangan

Peminjam

Amaun Bayaran Balik

Sepatutnya Sebenar

(RM) (RM)

Baki

(RM)

Catatan

sebagai RM0. Pelarasan juga tidak dilakukan

dengan betul. Amaun dibiayai dan dibayar

balik sejumlah RM4,200 dikredit dua kali

dalam lejar peminjam

Jumlah 31,740 55,215 23,475

Sumber: Higher Education Accounts Receivable System-Statement of Account Listing Yayasan Sarawak

Pada pendapat Audit, kegagalan mengemaskinikan data dan maklumat peminjam

boleh menjejaskan integriti data dan maklumat pinjaman.

9.5.3 Hapus Kira Bayaran Balik

Lembaga Amanah Yayasan membenarkan Jawatankuasa Pendidikan untuk menghapus kira

baki pinjaman untuk peminjam yang meninggal dunia atau menghidap penyakit kronik.

Semakan Audit mendapati bagi tahun 2006 hingga 2008, sebanyak 21 permohonan

sejumlah RM123,333 daripada waris peminjam telah diluluskan oleh Lembaga Amanah

Yayasan. Status pinjaman telah ditukar menjadi sumbangan tetapi baki pinjaman untuk tujuh

peminjam sejumlah RM34,318 masih belum dihapus kira daripada sistem. Baucar Jurnal

tidak disediakan kerana tiada pegawai perakaunan dilantik secara bertulis oleh pihak

pengurusan untuk membuat pelarasan di Seksyen Bayaran Balik.

Pada pendapat Audit, kegagalan melakukan pelarasan telah mengakibatkan baki

hutang pinjaman pelajaran bagi peminjam berkenaan masih lagi ditunjuk sebagai

tunggakan dalam sistem pendidikan dan terlebih dinyatakan.

9.5.4 Penjadualan Semula Bayaran Balik

Pengarah atau Ketua Seksyen Pendidikan Tinggi boleh meluluskan permohonan daripada

peminjam untuk mengurangkan kadar ansuran bulanan atau menangguh tempoh bayaran

balik pinjaman. Selepas kelulusan diberi, keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon

berhubung dengan kadar ansuran bulanan, tempoh dan tarikh mula bayaran balik yang telah

diluluskan.

Semakan Audit mendapati pada tahun 2008, sebanyak sembilan permohonan untuk

pengurangan kadar ansuran bulanan bayaran balik dan satu untuk penangguhan bayaran

balik telah diluluskan. Penjadualan semula kadar ansuran bulanan bayaran balik peminjam

berkenaan tidak dilakukan. Pegawai berkenaan tidak peka kepada prosedur kerja sistem

untuk penjadualan semula yang boleh dilakukan dengan menggunakan modul HEAR –

Maintenance – Repayment Reschedule. Oleh demikian, Penyata Akaun Peminjam masih

mengambil kira kadar dan tempoh bayaran balik yang asal. Ini menyebabkan jumlah

bayaran ansuran yang belum dibayar balik oleh peminjam yang ditunjukkan dalam penyata

tersebut tidak tepat. Semakan Audit seterusnya mendapati tarikh tamat bayaran balik

pinjaman yang baru tidak dinyatakan dalam surat kelulusan. Yayasan mengguna Lejar

Peminjam (Student Payment/Repayment History) untuk memantau jumlah yang sebenar

161

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!