02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4. Jabatan Hutan Sarawak - Pengurusan Hutan Dan Kepentingannya Kepada Alam

Sekitar

Sarawak mempunyai keluasan 12.44 juta hektar di mana seluas 9.78 juta hektar atau

78.62% adalah kawasan hutan iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 4.60 juta hektar

(36.98%), Hutan Lindungan Sepenuhnya (HLS) seluas 0.88 juta hektar (7.07%), Hutan

Tanah Negeri seluas 4.30 juta hektar (34.57%) dan lain-lain kegunaan tanah seluas 2.66

juta hektar (21.38%). Matlamat pengurusan hutan mampan adalah bagi memastikan

pengeluaran hasil hutan terus berkekalan (Sustainable Forest Management - SFM) tanpa

menjejaskan kepentingan alam sekitar. Fungsi hutan adalah untuk menjamin keseimbangan

iklim, kelembapan tanah, habitat semula jadi flora dan fauna, alam sekitar serta sumber hasil

kepada negara serta membekalkan oksigen.

Pengauditan yang dijalankan mendapati pemantauan dan penguatkuasaan oleh

Perbadanan Perhutanan Sarawak tidak berkesan dan berlakunya pelanggaran syarat

pelesenan seperti pencerobohan kawasan ketinggian melebihi 35º dan zon penampan

sungai dan ini menyumbang kepada hakisan tanah dan tebingan sungai dan akibatnya

kualiti air sungai merosot. Selain itu, kawasan HSK seluas 0.96 juta hektar yang

dimansuhkan belum digantikan, kawasan HLS seluas 0.45 juta hektar belum diwartakan

manakala ketiadaan peruntukan khusus dalam Ordinan Perhutanan Negeri 1954 bagi

mewajibkan Laporan EIA disediakan oleh pelesen dan Catuan Tebangan Tahunan seluas

170,000 hektar tidak dipatuhi.

5. Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak - Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardu

Ain (KAFA)

Pada tahun 1990, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Kelas Al-Quran

dan Fardu Ain (KAFA). Program ini adalah bagi memastikan semua kanak-kanak Islam di

negara ini yang berumur antara enam hingga 12 tahun dapat membaca Al-Quran dengan

baik dan betul serta mempelajari dan mengamalkan perkara asas yang fardu kepada orang

Islam. Bagi tahun 2006 hingga 2008, JAIS telah menerima sejumlah RM36.38 juta

peruntukan daripada JAKIM Pusat bagi membayar elaun penyelia dan guru serta membiayai

program atau aktiviti yang dilulus oleh JAKIM. Bagaimanapun, pelaksanaan program KAFA

di Sarawak tidak menyeluruh kerana tidak melibatkan murid Tahun Satu dan Tahun Enam

dan juga tidak diwajibkan ke atas semua murid Islam. Setakat tahun 2008, hanya sebanyak

440 atau 34.9% daripada 1,262 sekolah kebangsaan di Sarawak telah mendaftar untuk

kelas KAFA dengan bilangan Penyelia seramai 12 orang, guru KAFA seramai 2,059 dan

50,189 murid. Penyelia juga tidak dapat membuat seliaan terhadap semua guru

memandangkan nisbah Penyelia berbanding guru KAFA tidak seimbang dan juga elaun

perjalanan yang terhad. Bagaimanapun, bangunan dan kemudahan asas bagi

melaksanakan aktiviti KAFA adalah memuaskan kerana menggunakan bangunan dan

kemudahan asas sekolah yang terlibat. Secara keseluruhannya pelaksanaan program KAFA

di Sarawak adalah tidak memuaskan dengan mengambil kira peruntukan kewangan,

xv

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!