02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jadual 7.1

Sasaran Dan Pencapaian Sebenar Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Sasaran

Pencapaian

Bil. Komponen

Keluasan

Tanah

Peruntukan Keluasan Tanah Perbelanjaan

(Ha) (RM Juta) (Ha) (%) (RM Juta) (%)

1. Tanaman

Berkelompok

1,687 3.61 1,687 100 3.61 100

2. Pengusaha Kebun

Buah-buahan

2,372 5.15 2,372 100 5.15 100

3. Pemulihan Dusun

Buah

1,202 2.40 1,202 100 2.40 100

Jumlah 5,261 11.16 5,261 11.16

Sumber: Jabatan Pertanian

a) Mini Estet

Objektif penubuhan Mini Estet adalah untuk menggalakkan penglibatan pelaburan pihak

swasta, Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) serta petani mengusahakan kebun buah-buahan berskala besar secara

terancang dan teratur. Untuk tujuan ini, keluasan minimum adalah 50 hektar manakala

keluasan maksimum ditentukan oleh Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan

Bahagian atau Jawatankuasa Perancangan Jabatan. Pelabur menyewa tanah dan

bekerjasama dengan petani di mana petani mendapat hasil daripada sewa dan syer.

Mini Estet juga dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti jalan selain pembinaan

pusat penggredan dan pembungkusan. Pembangunan Mini Estet juga dapat

menggalakkan penggunaan teknologi moden bermula daripada penyediaan kawasan

tanah sehingga hasil dipasarkan. Perancangan asal program dalam RMKe-9 adalah

untuk mewujudkan dua Mini Estet dengan anggaran kos RM2 juta. Setiap Mini Estet

dianggarkan seluas 100 hektar dengan kos sejumlah RM10,000 sehektar.

Semakan Audit mendapati Jabatan belum mengenal pasti kawasan Mini Estet yang

hendak diwujudkan. Tiada dokumen perancangan disediakan bagi menggariskan secara

terperinci mengenai justifikasi dan lokasi projek. Jabatan juga tidak menetapkan

peruntukan dalam semakan bajet bagi mewujudkan Mini Estet dalam tahun 2006 hingga

2008. Ini disebabkan kos untuk membangunkan Mini Estet adalah RM2 juta sedangkan

Jabatan hanya diluluskan peruntukan keseluruhan untuk program sejumlah RM15.59

juta iaitu sebanyak 55.8% daripada yang dimohon. Oleh itu, Jabatan telah

menangguhkan komponen ini daripada dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, dengan ketiadaan Mini Estet matlamat untuk pengeluaran buahbuahan

berskala besar tidak dapat dicapai.

b) Pusat Pengumpulan Buah

Komponen ini dibina di kawasan Tanaman Berkelompok sebagai tempat untuk

mengumpul buah-buahan daripada petani. Dengan adanya pusat ini, pengedaran dan

pemasaran buah-buahan dapat dijalankan dengan efisien. Berdasarkan Skim Mekanik,

nilai bantuan untuk seunit Pusat Pengumpulan Buah adalah sejumlah RM50,000.

Mengikut perancangan asal RMKe-9, Jabatan merancang untuk mewujudkan empat

pusat iaitu di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu dan Bintulu.

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!