02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tidak mewujudkan sebarang peringkat pemantauan atau mekanisme kawalan dan tidak

pernah menjalankan lawatan pemantauan di tiga PBT tersebut.

Di peringkat KASKA, didapati Seksyen Penilaian Dan Kadaran bertanggungjawab

memantau aktiviti pengurusan tunggakan hasil PBT. Seksyen ini diketuai oleh seorang

Pegawai Penilaian Gred W41 dan dibantu oleh lapan penjawat awam yang lain. Manakala

Seksyen Inspektorat Akaun juga bertanggungjawab mengenai pengurusan hasil dan sistem

maklumat kewangan. Seksyen ini diketuai oleh seorang Akauntan Gred W41 dan dibantu

oleh lima penjawat awam yang lain. PBT ada mengemukakan laporan tunggakan hasil

setiap bulan kepada pihak KASKA seperti mana yang diarahkan. Semakan Audit terhadap

minit mesyuarat bagi Mesyuarat Teknikal Penilaian Dan Kadaran PBT Bil. 1/2008 yang

diadakan pada bulan Julai 2008, mendapati Mesyuarat memutuskan tindakan pemulihan

segera diperlukan untuk menangani tunggakan hasil. PBT juga diarahkan dengan segera

untuk mengemas kini rekod pegangan, mengambil tindakan hapus kira terhadap hutang

lapuk dan mengambil tindakan susulan terhadap kes pegangan yang telah dikaveat.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan lawatan pegawai KASKA mendapati fokus

pemeriksaan adalah untuk memeriksa dan menilai pegangan baru.

Pada pendapat Audit, pihak JKM perlu mewujudkan unit khas untuk tujuan

pemantauan prestasi kewangan PBT secara menyeluruh dan mencadangkan tindakan

yang perlu diambil oleh PBT untuk meningkatkan kutipan tunggakan hasil. Untuk

meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tunggakan hasil PBT, pihak JKM dan

KASKA juga perlu mengeluarkan garis panduan dari semasa ke semasa sebagai

panduan pihak PBT dalam merangka pendekatan yang lebih strategik dalam mengutip

balik tunggakan.

2.6 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya prestasi pengurusan tunggakan hasil belum mencapai tahap

yang memuaskan. Pihak PBT secara keseluruhannya dijangka boleh hilang sejumlah

besar hasil kerana dikategorikan di bawah Limitation Ordinance, Sarawak (1959)

memandangkan kebanyakan tunggakan yang melebihi 12 tahun. Selain itu, maklumat

yang diselenggara di pangkalan data tidak tepat, tidak lengkap serta tidak kemas kini dan

analisis maklumat tidak dibuat untuk tujuan pelaporan atau menyedia laporan berkala. Post

Implementation Review juga tidak pernah dilakukan sejak sistem digunakan dan Kawalan

Am serta Aplikasi perlu dimantapkan. Kawal selia di peringkat JKM dan KASKA terhadap

PBT dalam urusan tunggakan hasil perlu dipertingkatkan. Bagaimanapun, pihak JKM,

KASKA dan PBT sedang mengambil langkah untuk mewujudkan unit/jawatankuasa khas

untuk mengurus tunggakan hasil. Adalah disyorkan supaya pihak berkenaan juga

mengambil langkah seperti berikut:

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!