02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Foto 2.7 Foto 2.8

Rumah Panjang Yang Tidak Menikmati Kemudahan Sewajarnya

Sumber: MD Sri Aman

Lokasi: Bahagian Sri Aman

Tarikh: 2 Januari 2009

Pada pendapat Audit usaha PBT mengutip balik tunggakan masih perlu dipergiatkan

dengan melibatkan Ahli Majlis (councillors) bagi meningkatkan kesedaran

masyarakat. Selain itu, PBT juga disarankan mengkaji keperluan mengenakan cukai

taksiran untuk pegangan di pedalaman di mana perkhidmatan dan kemudahan yang

diberi oleh PBT kepada kawasan tersebut adalah minima manakala kos untuk

mengutip cukai dan tunggakan hasil lebih tinggi.

2.5.2 Pengurusan Yang Kurang Cekap Untuk Kutipan Tunggakan Hasil

Pemeriksaan Audit mendapati faktor yang menyebabkan pelaksanaan pengurusan

tunggakan hasil kurang berkesan adalah seperti berikut:

a) Ketidakpatuhan Terhadap Undang-Undang/Peraturan/Arahan/Pekeliling

Pengurusan tunggakan hasil hendaklah selaras dengan undang-undang, peraturan,

perintah dan arahan yang telah ditetapkan. Bidang kuasa PBT adalah berlandaskan

kepada Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996 Peraturan (Pencukaian) Pihak

Berkuasa Tempatan, 1997 dan Peraturan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan, 1997

(PKPBT 1997).

Kaedah pengurusan tunggakan hasil disebut di Peraturan 81, PKPBT 1997. Bendahari

Majlis dikehendaki menyedia satu penyata analisis akaun penghutang pada 31

Disember dan pada mana-mana tarikh seperti diminta oleh Menteri. Satu salinan

penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan Menteri

bersama dengan Penyata Akaun Tahunan. Penyata tersebut hendaklah menunjukkan

usia tunggakan dan di mana bersesuaian menyatakan tindakan yang telah diambil untuk

mengutip amaun tertunggak. Selain itu, catatan mengenai sejauh mana hutang tidak

boleh dikutip balik hendaklah dibuat.

Selaras dengan Peraturan 304, PKPBT 1997 Bendahari hendaklah membuat laporan

yang disokong dengan butiran penghutang, transaksi dan pegawai bertanggungjawab,

18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!