02.06.2015 Views

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

JH302459 cover sarawak.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

YAYASAN SARAWAK

9. PENGURUSAN PINJAMAN PELAJARAN BERKOMPUTER

9.1 LATAR BELAKANG

9.1.1 Yayasan Sarawak (Yayasan) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang telah

ditubuhkan pada 26 Mei 1971 di bawah Ordinan Yayasan Sarawak. Objektif penubuhan

Yayasan adalah untuk meningkatkan peluang pelajaran kepada penduduk Negeri Sarawak

di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara dengan menyalurkan bantuan

kewangan dalam bentuk pinjaman dan biasiswa pinjaman. Ini adalah selaras dengan polisi

dan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf pendidikan dan menyumbang kepada

pembangunan Negeri Sarawak. Pinjaman Pelajaran diuruskan oleh Tabung Yayasan

Sarawak di bawah Seksyen 4, Ordinan Yayasan Sarawak, 1971. Mengikut Seksyen 3(a),

The Sarawak Foundation (Amendment) Ordinance, 1992, Yayasan boleh memberi pinjaman

untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

9.1.2 Antara skim pinjaman yang diurus oleh Yayasan adalah Pendidikan Tinggi dengan

memberi tumpuan kepada Skim Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, Skim Pinjaman

Pelajaran Luar Negara, Skim Pinjaman Tabung Pusingan dan Skim Pinjaman Komputer.

Bagi Latihan Kemahiran, Yayasan menyedia Skim Pinjaman Latihan Kemahiran.

9.1.3 Sebelum tahun 1989, pengurusan Pinjaman Pelajaran Yayasan diurus secara

manual. Yayasan memerlukan sistem berkomputer sepenuhnya bagi membolehkannya

memberi perkhidmatan yang cekap kepada peminjam. Pada tahun 1993, Yayasan telah

melantik Price Waterhouse Associates sebagai perunding teknologi maklumat dan Comserv

(Sarawak) Sdn. Bhd. untuk membangunkan Financial Information System (FIS) dengan kos

keseluruhan sejumlah RM2.94 juta. Yayasan telah dianugerahkan tiga persijilan MS ISO

9002:2000 daripada AOQC Moody International Certification (Malaysia) bagi Skim Biasiswa

Tempatan, Skim Pinjaman Pelajaran dan Skim Pungutan Sewaan Premis.

9.1.4 Bagi tahun 2006 hingga 2008, bilangan peminjam yang diluluskan ialah 4,736 orang

dengan jumlah pinjaman RM61.22 juta dan sejumlah RM33.60 juta atau 54.9% telah dibiayai

oleh Yayasan kepada peminjam. Bagi tempoh yang sama, jumlah pinjaman sebenar yang

dibayar balik adalah RM13.44 juta atau 47.2% berbanding dengan RM28.46 juta yang

dijangkakan. Sementara itu, jumlah tunggakan bayaran balik sehingga tahun 2008 ialah

sejumlah RM31.07 juta.

9.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan Pinjaman Pelajaran

Berkomputer Yayasan telah diuruskan dengan cekap, berkesan dan mencapai matlamat

yang ditetapkan.

158

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!