09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

mereka. Pada masa kini, murid lebih

berminat dengan alat yang

menggunakan teknologi terutamanya

komputer. Ia lebih menyeronokkan dan

menyediakan lebih banyak audio dan

visual yang mampu menarik minat

murid sekaligus membantu mereka

dalam menumpukan perhatian terhadap

isi pengajaran.

Penilaian Formatif

Penilaian formatif merupakan satu

bentuk ujian secara formal atau tidak

formal untuk mengesan tahap

penguasaan dan kemajuan murid serta

memperbaiki kelemahan dengan kadar

segera. Ianya boleh dilaksanakan

semasa atau selepas sesi PdP dilakukan

serta meliputi satu atau beberapa

kemahiran yang telah dipelajari.

Penilaian ini bertujuan memperbaiki

kelemahan dengan kadar segera atau

menjalankan aktiviti pengayaan atau

pemulihan di dalam bilik darjah.

Aplikasi Plickers

Plickers atau Paper Clickers ialah

aplikasi mudah yang berupaya

membantu guru mengumpul data

penilaian formatif secara real-time

tanpa memerlukan murid menggunakan

peranti atau komputer. Menurut

Mohd Arafa, N., & Zakaria, E. (2017),

Plickers telah dibangunkan oleh Nolan

Amy, seorang guru Matematik di

sebuah sekolah tinggi di Richmond,

California. Nolan telah mengambil

masa beberapa tahun untuk

membangunkankan aplikasi ini. Beliau

telah menyertai imaginek12, sebuah

komuniti dalam talian untuk

mendapatkan dana dan seterusnya

melancarkan aplikasi ini kepada umum

pada tahun 2013. Nolan telah dibantu

oleh beberapa orang rakan yang

berpengalaman dalam bidang TMK

seperti Jenn Kim, Satoko Lom,

Nicholas Hansen, Dianna Faulk Dan

Xiang Li. Kini terdapat lebih dari 600

000 orang guru dari 190 buah negara

seluruh dunia yang menggunakan

aplikasi ini dalam proses pengajaran

dan pembelajaran mereka. Aplikasi ini

boleh didapati dalam pelantar mudah

alih seperti iOS dan Android.

Plickers membolehkan guru

membuat penilaian terhadap soalan

berbentuk aneka pilihan dan betul/salah

yang diberikan kepada murid. Soalan

akan ditetapkan terlebih dahulu secara

atas talian dan guru juga perlu

mendaftarkan pelajar di tapak Plickers

masing-masing. Kad Plickers yang

dicetak melalui laman web Plickers

97

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!