09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

Dalam peringkat ini, setelah kaunselor

pasti bahawa semua maklumat

mengenai masalah klien telah

diperolehi dan difahami serta klien pula

telah menerima kenyataan bahawa

sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi

masalahnya, rancangan untuk menyelesaikan

masalah klien dimulakan.

Kaunselor telah memban-tu klien

untuk mencari sebanyak mana

penyelesaian yang mungkin.

Contoh dialog yang menggambarkan

bagaimana kaunselor mendorong klien

untuk memikirkan alternatif yang akan

diambil:

Kaunselor: ......Aishah terasa dengan

tindakan kawan itu, sedih dengan

keadaan itu. Jadi...apa agaknya

tindakan yang Aishah nak buat untuk

keluar daripada masalah ini?

Klien: Saya ingat nak tegur dia, tapi

tak sampai hati....

Pada peringkat ini, klien telah

membuat pilihan atau alternatif yang

perlu disusuli dengan tindakan iaitu

klien akan melaksanakan pilihan yang

telah dipersetujui bagi mengatasi

masalahnya. Di peringkat ini juga,

kaunselor bersama-sama dengan klien

cuba membina dan melaksanakan satu

pendekatan yang bersesuaian untuk

mencapai matlamat kaunseling.

Contoh dialog:

Kaunselor: ......pernah tak Aishah

berterus terang dengan dia bila Aishah

terasa dengan tindakan kawan?

Klien: Saya tak pernah tegur...kalau

dia buat salah, Aishah pendam... tak

sampai hati....

Kaunselor juga membimbing

klien menilai keberkesanan strategi

yang telah dipilih. Setiap alternatif

yang dipilih, dibincangkan dari aspek

kelemahan-kelemahan serta kelebihan.

Dalam proses ini, kaunselor bersamasama

klien memikirkan cara-cara untuk

mengatasinya.

Contoh dialog yang menggambarkan

bagaimana proses membuat pilihan dan

tindakan antara kaunselor dengan

klien:

Kaunselor: Anda rasa sedih tapi tak

dapat suarakan untuk menjaga hati

kawan. Jadi...bagaimana Aishahh nak

sampaikan rasa hati itu untuk

maklumkan bahawa Aishah tidak suka

keadaan tersebut”

Klien: Saya tahu, ada kala saya buat

joke....

Pada peringkat ini, kaunselor

turut mengingatkan klien bahawa klien

perlu bertanggung jawab untuk

melaksanakan rancangan penyelesaian

yang telah dipersetujui.

Contoh dialog :

26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!