09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

kumpulan atau aktiviti individu

dengan menggalakkan mereka

mengemukakan pelbagai cadangan

dan idea sama ada untuk

meningkatkan kefahaman tentang

sesuatu pengetahuan baharu

mahupun dalam aspek kehidupan

masing-masing.

4. Laksanakan aktiviti perbincangan

kelas yang memberi ruang kepada

pelajar untuk berkongsi idea

bagaimana metakognitif boleh

digunakan di dalam dan di luar bilik

darjah. Di samping itu, manfaatkan

transformasi teknologi dan

maklumat secara ekstensif sebagai

sumber belajar. Sebagai contoh,

guru menggalakkan kanak-kanak di

sekolah rendah, untuk menjelaskan

bagaimana ibubapa mereka

menggunakan kemahiran ini di

tempat kerja. Manakala pelajar

sekolah menengah pula mungkin

diajak berfikir tentang bagaimana

mereka dapat mengaplikasi

kemahiran metakognitif dalam

kehidupan seharian atau dalam

pekerjaan mereka kelak.

5. Galakkan aplikasi pemikiran

metakognitif melalui aktiviti seperti

penyelesaian masalah, pembelajaran

inkuiri atau pembelajaran berasaskan

projek. Hal ini supaya pelajar dilatih

untuk menggunakan strategi

pemikiran aras tinggi yang

melibatkan proses pemikiran

kompleks seperti mensintesis,

menjana, menerangkan, memberi

hipotesis sehinggalah kepada

membuat interpretasi serta

justifikasi. Perhatikan bagaimana

pelajar mengurus strategi kognitif

serta kesedaran mereka tentang

keupayaan mengawal pemikiran

ketika memberi tindakbalas dalam

situasi baharu. Jika hal ini dilakukan

dengan terancang bermula

dengan learning how to learn, maka

hasil optimum akan mudah dicapai.

Kesimpulan

Perkembangan yang optimum dalam

segala aspek pembelajaran merupakan

faktor kecemerlangan seorang pelajar.

Corak didikan yang dilakukan oleh

ibubapa, guru dan rakan akan

mempengaruhi kualiti pengetahuan dan

kemahiran. Justeru, perkemba-ngan

kognitif menjadi salah satu fokus

penting dalam perkembangan

pendidikan seseorang.

Seiring dengan peningkatan

kemampuan kognitif, pelajar akan

menyedari bahawa mereka dapat

mengatur pemikirannya secara

bijaksana. Kemampuan mengatur inilah

yang disebut metakognitif, iaitu suatu

kesedaran tentang proses pemikiran

sendiri. Kemampuan ini sangat penting

123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!