09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

berjaya menggunakan pelbagai

kemahiran dan teknik semasa

proses kaunseling berlangsung. Di

samping itu, kaunselor juga telah

menggunakan dua teori sebagai asas

dalam memahami permasalahan klien

iaitu teori psikoanalisis dan teori

pemusatan perorangan. Menurut

Rogers (1957), kekuatan terapi

pemusatan perorangan mempunyai

enam (6) keperluan asas dalam

membawa perubahan psikoterapeutik

atau personaliti klien iaitu:

i. wujud kesan perhubungan

psikologikal antara kaunselor

dengan klien (psychological

contact),

ii. klien yang dibantu mestilah ada

masalah atau ketidaksempurnaan

dalam dirinya (incongruence),

iii. kaunselor perlu mempunyai sikap

kongruen dan tulen (congruence

and genuineness) dalam

perhubungan terapeutik,

iv. penerimaan tanpa syarat

(unconditional positive regard or

acceptance),

v. empati (empathy),

vi. tanggapan atau persepsi terhadap

empati dan penerimaan tanpa

syarat (perception of empathy and

acceptance) dalam memahami

diri kliennya.

Secara umumnya dapat disimpulkan

bahawa proses kaunseling

dipengaruhi oleh pendekatan atau teori

dan amalan yang dipraktikkan oleh

kaunselor yang berkenaan. Proses

kaunseling mengan-dungi peringkatperingkat

seperti perte-muan awal,

penerokaan, mengenalpasti masalah,

menentukan matlamat kaunseling,

rancangan untuk mengatasi masalah,

perlaksanaan rancangan, tindakan

susulan dan penamatan.

Dari segi peranan dan

tanggungjawab pula, kaunselor telah

memainkan peranan dan tanggungjawab

yang lebih utama ditahap awal

proses kaunseling. Peranan dan

tanggungjawab ini kemudiannya secara

pelahan-lahan beralih kepada klien

hinggalah hubungan kaunseling

ditamatkan.

Dalam sesi kaunseling yang telah

dijalankan, kaunselor telah berjaya

membuktikan bahawa matlamat keduakedua

teori yang menjadi pegangan

kaunselor dalam perhubungan

menolong, iaitu untuk mendorong

klien ke arah celik telah berjaya

dicapai.

Rujukan

Amir Awang.(1987). Teori dan Amala

Psikoterapi. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Gerald, C. (2005).Theory and practice

of counseling and psychotherapy.

Ed. ke-7. USA:Brook/Cole

Publishing Company.

28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!