09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

Cawangan Kaunseling dan Keutuhan

(kini dikenali sebagai Bahagian

Psikologi dan Kaunseling) telah

diwartakan pada tahun 2008 dan

jawatan Ketua Unit Kaunseling telah

diwujudkan bagi memantapkan perkhidmatan

psikologi dan kaunseling

berteraskan kaunseling yang berkesan

dan professional. Fungsi dan peranan

Unit Psikologi dan Kaunseling ini

adalah untuk mempertingkatkan mutu

kerja, potensi dan kesejahteraan modal

insan di Institut Pendidikan Guru.

Pada tahun 2010, jawatan

Kaunselor Pelajar dan Kaunselor

Pentadbir telah diwujudkan di Institut

Pendidikan Guru seluruh negara bagi

memantapkan perkhidmatan Unit

Psikologi dan Kaunseling. Perkhidmatan

kaunseling merupakan perkhidmatan

profesional sesuai dengan

kuatkuasa Akta 580 Akta Kaunselor

1998 Kaunseling dan Profesional di

Malaysia pada tahun 1998 dan

Peraturan-Peraturan Kaunselor, kelaku

dan tatatertib di samping Pendaftaran

dan Peraturan Amalan 1999 yang

dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor

Malaysia. Unit Psikologi dan Kaunseling

yang berada di IPG Kampus

Pendidikan Teknik (IPGKPT) disediakan

khas untuk semua warga IPG

Kampus Pendidikan Teknik Bandar

Enstek. Kertas ini akan

membincangkan proses sesi kaunseling

individu yang dijalankan oleh

Kaunselor Berdaftar di IPGKPT.

Proses Sesi Kaunseling

Kaunseling adalah suatu proses yang

melibatkan satu urutan perkembangan

perhubungan antara kaunselor dengan

klien yang berlaku dalam suatu jangka

waktu tertentu. Perhubungan ini

bermula dari satu peringkat dan terus

berkembang ke satu peringkat yang

lain. Peringkat-peringkat ini berjalan

secara teratur dan mempunyai sesuatu

objektif atau matlamat yang tertentu.

Dalam proses kaunseling, berlaku

perbincangan yang sistematik yang

dipimpin oleh kaunselor tanpa disedari

oleh klien. Pertemuan dan perbincangan

ini merupakan proses perkongsian

dari segi intelek dan emosi. Proses ini

bermula apabila ada persetujuan antara

klien dan kaunselor untuk melibatkan

diri mereka dalam menguruskan

sesuatu persoalan (Zuria, 2005).

Laporan Sesi Kaunseling Individu

Tarikh: 18 Julai 2017

Masa: 11.00 pagi – 11.45 pagi (45

minit)

Tempat: Bilik Kaunselor, IPG KPT

Peringkat-peringkat Proses

Kaunseling

21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!