09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

teknologi yang paling hampir dengan

diri dan kerjaya kaunselor.

Kita sebagai kaunselor juga harus

peka dan mengetahui berapakah

penduduk Malaysia terkini? Bilangan

jumlah penduduk ini menggambarkan

bilangan kaunselor yang perlu ada dan

sudahkah kita bersedia menghadapi

cabaran ini? Mengikut Jabatan

Perangkaan Malaysia (2017) penduduk

Malaysia pada tahun 2017 ialah 32 juta

orang. 16.5 juta lelaki dan 15.5 juta

perempuan. Pecahan bilangan

mengikut umur ialah penduduk yang

berumur 0-14 tahun ialah 24.5%,

berumur 15-64 tahun 69.5% dan yang

berumur 65 tahun ke atas ialah 6.0%.

Fakta tentang kesihatan mental

juga merupakan aspek yang perlu diberi

fokus oleh kaunselor. Fakta ini akan

memberikan gambaran bahawa tugas

kaunselor masih diperlukan pada

peringkat awal individu itu berada

dibangku sekolah hinggalah berakhirnya

usia. Organisasi Kesihatan Sedunia

(WHO) menganggarkan pada tahun

2016 bahawa 1 dari 4 penduduk dunia

menghadapi masalah mental. Depresi

merangkumi 4% dari keseluruhan

penyakit mental yang dialami oleh

penduduk dunia. Manakala kajian

kesihatan dan morbiditi Kementerian

Kesihatan pada tahun 2016 mendapati 1

dari 3 penduduk di Malaysia

mengalami masalah kesihatan mental

dalam salah satu peristiwa sejarah

hidupnya (Kenyataan Akhbar Menteri,

2016). Ini bermakna 29.2% iaitu 4.2

juta penduduk mengalami masalah

kesihatan mental dari yang ringan

sehingga kepada masalah yang berat.

Berkaitan dengan penggunaan

internet di Malaysia pula Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) dalam kajiannya pada 2016

mendapati pengguna internet di

Malaysia ialah seramai 20 juta orang.

Mereka yang aktif menggunakan

perkhidmatan ini ialah seramai 16.8

juta orang. Kadar penembusan jalur

lebar pula ialah sebanyak 72%. Ini

bermakna lebih separuh dari

penduduk Malaysia sedang menggunakan

teknologi maklumat secara aktif.

Kajian SKMM juga mendapati

penggunaan smart fon merupakan

gadjet yang paling popular digunakan

iaitu sebanyak 89.3%, penggunaan jalur

lebar mobil sebanyak 87% dan

berkomunikasi dengan menggunakan

mesej teks ialah sebanyak 92.7%.

Dapatlah disimpulkan di sini

bahawa kecendrungan orang ramai

berinteraksi antara satu dengan yang

lain adalah kebanyakkannya menggunakan

teknologi maklumat berasaskan

internet. Mereka yang mendaftar

mengunakan smartfon juga meningkat

dari masa ke masa. Ini juga

menggambarkan betapa penduduk

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!