09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

Malaysia akan kerap menggunakan

kemudahan ini pada masa akan datang.

Apakah implikasinya kepada

kaunselor? Jika kaunselor tidak

menggunakan ruang siber dalam

mempromosikan perkhidmatan kaunseling,

jika kaunselor tidak melaksanakan

inovasi dalam intervensi

kaunseling terhadap klien maka

kaunselor akan ketinggalan dari aspek

mendapatkan klien juga dari segi

meningkatkan taraf perkhidmatan

setaraf dengan bidang-bidang lain.

3 Cabaran Kaunselor

Terdapat 3 cabaran yang besar pada

kaunselor. Cabaran pertama ialah

cabaran ilmu. Kaunselor perlu

meningkatkan ilmu pengetahuan di

dalam bidang yang berkaitan dengan

perkhidmatan dan pelaksanaan kaunseling,

termasuk kaedah, pendekatan,

teori dan teknik. Kaunselor juga perlu

menimba dan mendalami ilmu dalam

bidang teknologi terkini yang boleh

dimanafaat dengan perkhidmatan

kaunseling.

Kedua, cabaran sikap. Sikap

perlu diubah kepada yang lebih baik

dan bermanafaat. Sikap dan ciri-ciri

professional kaunselor perlu menjadi

pakaian di dalam diri kaunselor.

Berintergriti dan akauntabiliti terhadap

profesion perlu dititik beratkan. Sikap

yang konservatif terhadap bidang

perkhidmatan kaunseling perlu diubah.

Kaunselor perlu mempunyai sikap

terbuka dan berlapang dada dan lebih

pragmatik terhadap perkembangan

terbaharu dari aspek perkhidmatan

kaunseling dan juga teknologi.

Ketiga cabaran hasil. Kaunselor

perlu menghasilkan sesuatu yang

inovatif dan kreatif. Bidang kaunseling

bermula seawal abad ke – 19 lagi.

Tidak banyak perubahan yang berlaku

dari aspek intervensi kecuali apa yang

dihasilkan oleh pakar-pakar yang

terdahulu yang dimulai oleh Sigmund

Freud, Carl Jung, Carl Rogers, Ellis

dan seumpamannya. Banyak kaedahkaedah

baru perlu diterokai mengikut

kesesuaian waktu dan zaman. Dalam

abad ke-21 rata-rata penggunaan

teknologi merupakan alat utama untuk

perhubungan antara manusia.

Statistik telah membuktikan

bahawa gadjet dan internet merupakan

nyawa perhubu-ngan untuk manusia

masa kini (MCMC, 2015). Maka

kaunselor perlu berperanan dalam

memastikan bahawa jiwa kaunselor

sentiasa hidup di kalangan manusia

yang sibuk berurusan dengan teknologi

terkini. Kaunselor perlu mempromosi,

meng-hadir dan mempamerkan diri di

dalam alam maya agar kewujudan

kaunselor diketahui dan dapat dirasai

72

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!