09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

SURAT TUNJUK SEBAB

Sardi Bin Ahmad

PENDAHULUAN

Masih banyak penjawat awam yang

beranggapan, bahawa surat tunjuk

sebab merupakan hukuman tatatertib.

Tanggapan ini adalah salah sama

sekali. Surat tunjuk sebab lebih kepada

surat yang memberikan peluang kepada

kakitangan untuk membela diri

sebelum tindakan tatatertib diambil

terhadapnya. Atas sebab itulah surat

tunjuk sebab biasanya berbunyi

"SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA

TINDAKAN TATATERTIB TIDAK

BOLEH DIAMBIL TERHADAP....".

Apa itu Surat Tunjuk Sebab

Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh

majikan kepada kakitangannya atas

tuduhan salah laku atau perbuatannya

yang menyalahi peraturan dan

pelanggaran akujanji yang dibuat

ketika menjawat jawatan yang

disandangnya. Surat tunjuk sebab

bukanlah suatu kemestian atau

mandatori. Jika setelah siasatan,

didapati terdapat bukti nyata yang

munasabah atas salah laku

kakitangannya, majikan perlu membuat

keputusan sama ada mahu membuat

tuduhan kepada pekerja yang terlibat

dan menjalankan sesi tanya-siasat

dalaman (domestic inquiry).

Sebaliknya jika kesalahan itu serius,

majikan bolehlah memberikan surat

tunjuk sebab kepada kakitangan yang

terbabit.

Dalam sebuah organisasi kecil,

adalah tidak menjadi kesalahan

majikan sendiri membuat siasatan.

Majikan kemudiannya memberi

peluang kepada kakitangannya

memberikan penjelasan menerusi surat

tunjuk sebab. Surat tunjuk sebab

hendaklah menerangkan tuduhan dan

kesalahan secara jelas dan spesifik.

Tarikh dan masa insiden mesti

dinyatakan. Kakitangan yang di tuduh

harus di berikan tempoh yang

munasabah untuk memberikan

penjelasan. Jika pekerja membuat

permohonan lanjutan tempoh

menjawab surat tunjuk sebab, adalah

munasabah majikan memberikan

kebenaran.

Biasanya surat tunjuk sebab

dikeluarkan apabila berlakunya

kesalahan yang melibatkan integriti,

akauntabiliti, penyalahgunaan kuasa

dan kesalahan yang serius. Sebagai

contoh kesalahan seperti ketidakhadiran

bertugas, penipuan, ketidakjujuran,

cuai dalam menjalankan tugas

sehingga menjejaskan nama baik

organisasi, jenayah, tidak memungut

114

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!