WADAH 2017_FINAL
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

Perspektif sosiobudaya memberi

penekanan kepada norma sosial dan

budaya, dan menyatakan bahawa murid

mempelajari sesuatu tingkah laku

melalui interaksi penyelesaian masalah

dengan murid lain dan orang dewasa

serta mempelajari nilai dan norma

daripada masyarakat. (Seah, 2008).

Perspektif Sosiobudaya (PS)

Dalam bidang pendidikan matematik,

Bishop (1988) telah mendefinisikan

nilai berlandaskan perspektif

sosiobudaya, iaitu nilai sebagai kualiti

afektif mendalam yang dipupuk oleh

pendidikan melalui mata pelajaran

matematik sekolah. Kualiti tersebut

dianggap dapat bertahan lebih lama

dalam ingatan manusia berbanding

dengan pengetahuan konseptual dan

prosedur, yang cenderung untuk

menjadi pudar jikalau tidak selalu

digunakan. Sebagai tambahan, Bishop

(1988) menganggap nilai sebagai suatu

yang membabitkan proses kognisi,

internalisasi, dan penyahkonteks

(dekontekstual) yang dilakukan oleh

individu terhadap konstruk afektif

seperti kepercayaan dan sikap dalam

konteks sosiobudaya sesuatu komuniti

dalam mana seseorang individu sedang

berada.

Bishop (1988) juga mengang-gap

nilai sebagai kepercayaan dalam bentuk

tindakan atau satu jenis amalan bagi

kepercayaan. Dalam konteks ini, beliau

mengaitkan nilai dengan tingkah laku

yang dapat diperhatikan. Contohnya,

nilai memanifestasikan dirinya dalam

bentuk pendapat dan tingkah laku

individu. Oleh sebab nilai dianggap

lebih diinternalisasikan dan signifikan

berbanding dengan emosi, sikap, dan

kepercayaan, maka hubungan antara

nilai dengan sesuatu keputusan yang

dibuat oleh individu atau tingkah laku

yang dipaparkan oleh mereka dianggap

lebih kukuh berbanding dengan

konstruk afektif yang lain.

Menurut Bishop (1988) lagi, nilai

disemai, disampaikan, atau dipupuk

melalui ciri matematik dan pengalaman

individu dalam bilik darjah matematik.

Nilai membekal-kan individu dengan

perspektif kognitif dan afektif yang

mencorak-kan dan mengubahsuai

persepsi dan pentafsiran mereka tentang

dunia, dan memandu mereka dalam

membuat pilihan hidup. Dalam hal ini,

nilai yang dimiliki oleh individu

memba-bitkan dua proses, iaitu proses

kognisi yang melibatkan pengetahuan,

peng-amatan, dan kesedaran tentang

pemboleh ubah afektif seperti

kepercayaan dan sikap, dan proses

internalisasi nilai ke dalam sistem

afektif-kognitif yang dimiliki.

Berasaskan pendekatan agama

melalui PBS dan PS, pembentukan nilai

dan sikap bersumberkan kepercayaan

54