09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

hasil kerajaan, salah laku/ penyalahgunaan

kuasa, penglibatan diri

dengan najis dadah dan sebagainya.

Manakala kesalahan-kesalahan kecil

ialah seperti pergaduhan antara

kakitangan, melawan arahan ketua/

penyelia, mengetipkan kad kedatangan

orang lain, hilang dari tempat kerja

selepas mengetip masuk dan

sebagainya. Jika penjawat awam

melakukan kesalahan kali pertama,

Ketua Jabatan hendaklah memanggil

kakitangan yang berkenaan untuk

mencari punca berlakunya kesalahan

tersebut terjadi dan menasihati kakitangan

tersebut. Sekiranya kesalahan

yang sama masih lagi berlaku dan

bertambah buruk selepas nasihat

diberikan, maka Ketua Jabatan boleh

mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi

tujuan mengambil tindakan tatatertib

nanti.

Kesalahan seperti dalam

perenggan di atas merupakan kesalahan

yang jelas berlaku dengan adanya

bukti-bukti sahih, saksi dan sempurna.

Bukti-bukti ini perlu disertakan dalam

surat tunjuk sebab tersebut. Beri

tempoh yang munasabah untuk

kakitangan terlibat menjawab surat

tunjuk sebab tersebut. Sekiranya

jawapan surat tunjuk sebab tidak

diterima, menjadi tanggungjawab

Ketua Jabatan untuk mengeluarkan

peringatan kepada mereka. Setelah

menerima jawapan, jawapan tersebut

dianalisis untuk membuat keputusan.

Sekiranya kakitangan berjaya

membuktikan bahawa kesalahan tidak

berlaku maka kes ini dikira selesai.

Sebaliknya jika jawapan yang

diberikan tidak munasabah atau tidak

disokong oleh dokumen sokongan,

maka perkara ini perlu di bawa ke

pengetahuan pihak berwajib.

Dalam erti kata yang lain surat

tunjuk sebab bukan hukuman, tetapi

merupakan medium yang boleh

digunakan oleh kakitangan bagi

membuktikan mereka tidak bersalah.

Perkara yang penting di sini ialah surat

tunjuk sebab perlu dijawab dalam

tempoh yang diberikan. Adalah

diingatkan jangan sekali-kali penjawat

awam mengabaikan surat tunjuk sebab

tersebut kerana tindakan lebih tegas

boleh diambil atas kegagalan

menjawab surat tunjuk sebab.

Jika terdapat kemusykilan,

kakitangan bolehlah merujuk kepada

pejabat yang mengeluarkan surat

tunjuk sebab tersebut bagi

mendapatkan nasihat sewajarnya.

Jangan sekali-kali membawa apa-apa

sahaja isu dalam organisasi keluar dan

mendapatkan nasihat serta tindakan

dari luar organisasi atau dari manamana

orang kenamaan, kerana perkara

ini akan lebih mendatangkan masalah.

Tujuan Mengeluarkan Surat

Tunjuk Sebab

115

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!