09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

gelandangan di kota raya. Ketiganya,

kesukarelawan merupakan sektor yang

tidak berasaskan keuntungan tetapi

mempunyai matlamat sosial yang

tertentu.

Penglibatan belia dan pendidikan

kesukarelawanan

Namun menurut Azizan Bahari (2011)

dalam tulisannya “Belia dan

Kesukarelawanan” menyatakan

kesukarelawanan masih belum diangkat

menjadi perkara asas dan penting yang

ditangani secara bersungguh-sungguh,

sistematik dan konsisten. Walaupun

kesukarela-wanan mendasari

organisasi, agenda pembangunan belia,

dan aneka program berkaitan

kepentingan masyarakat ramai.

Kepentingan kesukarelawanan atau

makna dan implikasinya masih belum

disedari atau difahami sebaiknya.

Beliau menyarankan kesukarelawan

harus dieksplisitkan secara sedar

melalui subjek kesukarelawanan dan

impaknya kepada masyarakat. Bidangbidang

utama yang tergabung di bawah

subjek atau tajuk besar

kesukarelawanan merupakan perkaraperkara

penting “tersendiri” yang perlu

diberi perhatian.

Kesukarelawanan dalam pembangunan

belia, seharusnya turut

merangkumi perkara-perkara seperti

mendidik dan mempersiapkan remaja

belia untuk menjadi sukarelawan yang

sedar, beriltizam, dan sistematik.

Tujuan dan matlamat kerja sukarela,

prinsip-prinsip dan etika dalam

bersukarela, makna dan nilai

bersukarela, syarat-syarat asas bagi

seorang sukarelawan harus ditanam

secara sedar ke dalam minda dan jiwa

belia. Belia juga perlu menyedari

kebolehan atau kemahiran kemahiran

asas yang perlu, hak-hak dan

tanggungjawab sukarelawan, serta

cabaran dan halangan yang mungkin

dihadapi sukarelawan. Semua ini

hendaklah dibincang dan dihuraikan

agar difahami dan seterusnya dikuasai

dan dihayati oleh calon-calon

sukarelawan.

Belia yang ingin dididik menjadi

sukarelawan perlu memaha-mi dirinya,

komuniti dan masyarakat,

persekitarannya, sistem dan peratu-ran,

serta pihak-pihak (individu, kumpulan,

organisasi) yang beruru-san dengannya.

Tenaga pengurusan dan pengajar

haruslah yang terlatih, memahami dan

komited pada agenda kesukarelawanan

dan pembangunan remaja belia. Tidak

memadai dengan pengisytiharan

menubuhkan jawa-tankuasa ini dan

jawatankuasa itu dengan jangkaan ahli

atau peserta yang ramai, tetapi

menuntut azam serta iltizam ke arah

tindakan konkrit dan berterusan yang

terbukti di lapangan.

Prasarana pembelajaran dan

peluang bersukarela dalam pelbagai

bentuk yang sesuai bagi remaja belia

perlu diwujudkan. Contohnya, latihan

dan kursus tentang teori dan amalan

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!