09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

penting kepada pembangunan kanakkanak.

Sasaran Kurikulum Global

Kurikulum berkaitan agama dan

kepercayaan boleh diajarkan kepada

murid-murid sekolah rendah untuk

memberi pendedahan kepada mereka

bahawa kepercayaan dan etika

merupakan aspek penting dalam

kehidupan manusia. Sebahagian kanakkanak

mungkin dibesarkan dalam

komuniti atau keluarga yang

mengamalkan kepercayaan tertentu.

Kanak-kanak sedar apakah kegiatan

yang berlaku di masjid, gereja, kuil dan

lain-lain ditempat masing-masing atau

maklumat yang mungkin diperolehi

melalui Internet. Kefahaman seumpama

ini mewujudkan kehar-monian

dalam kehidupan beragama dalam

masyarakat yang mengamalkan pelbagai

agama melalui pendidikan etika

atau pendidikan moral.

Hubungan antara Pendidikan

Agama dan Kepercayaan (PAK)

dengan Etika/Moral

Pendidikan agama dan kepercayaan

menggunakan pendekatan dimensi

perbandingan pelbagai agama untuk

melihat persamaan dan perbezaan

secara umum. Sementara pendidikan

etika atau moral boleh merentas

kurikulum atau mata-mata pelajaran.

Kedua-keduanya boleh memberi sumbangan

untuk menyokong pembangunan

komuniti sekolah yang inklusif.

Kurikulum global memberi

penumpuan terhadap konsep untuk

membantu kanak-kanak mencapai

keperluan kendiri dan kesejahteraan

seutuhnya. Matlamat umum kurikulum

global untuk pendidikan sekolah rendah

adalah (1) untuk member-dayakan

kanak-kanak membangunkan bakat dan

potensi secara individu, (2) untuk

memberdayakan pembentukan kanakkanak

sebagai insan sosial melalui

kehidupan bersama dan kerjasama

dengan orang lain ke arah menyumbang

kepada masyarakat sivil dan (3)

menyediakan kanak-kanak untuk

pendidikan lanjut dan pembelajaran

sepanjang hayat.

Pendidikan agama dan

kepercayaan (PAK) dan Pendidikan

Etika (PE) membantu kanakkanak

berkembang dengan kompeten

dan yakin disamping saling berkasih

sayang antara satu sama lain, meraikan

setiap keunikan kanak-kanak dari

segi kekuatan, kebolehan, minat dan

keperluan masing-masing. PAK dan PE

meningkatkan pembangunan personal,

moral, budaya dan spritual kanak-kanak

disamping menyumbang kepada

pembangunan kemahiran, keupayaan

sikap dan pembawaan yang diperlukan

dalam kehidupan yang semakin

kompleks dan pelbagai.

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!