09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

Illustrasi pada kertas cerita akan

membantu kanak-kanak yang belum

mampu membaca untuk memahami

teks atau ungkapan yang didengari oleh

mereka. Kerja-kerja melakar watak

merupakan idea utama dalam ilustrasi

kertas cerita. Ilustrasi dalam

Kamishibai boleh dibuat sama ada

dalam bentuk gaya kartun atau pun

gaya sebenar. Ilustrasi watak perlu

dibuat dengan teliti. Ilustrasi gaya

kartun tidak perlu sesuai dengan bentuk

tubuh manusia, haiwan dan juga alam

sekeliling. Manakala ilustrasi gaya

sebenar pula memen-tingkan gambar

yang sesuai dengan keadaan semasa.

Keserupaan ilustrasi dengan keadaan

sebenar watak samada daripada

proporsi atau pun anatominya sangat

dititikbaratkan dalam gaya yang disebut

realis.

Dalam setiap kertas cerita

mungkin perlu diletakkan watak utama

dalam cerita. Watak yang direka

seharusnya watak yang mudah dikenali

dan disukai oleh kanak-kanak. Kertas

cerita dalam kamishibai secara

keseluruhannya muncul dalam elemen

visual dua dimensi sahaja. Namun

illustrasi yang baik dikatakan boleh

menunjukkan kesinambungan cerita

dari helaian ke helaian secara

berhubung kait seiring dengan babakbabak

dalam cerita yang disampaikan.

Untuk memudahkan penceritaan, sudah

tentu terdapat skrip cerita yang

lengkap; yang kemudiannya dipindahkan

ke atas helaian-helaian kertas cerita

melalui lakaran elemen visual.

Lakaran watak dalam kertas

cerita perlu diwarnakan dengan warna

yang menarik. Warna-warna yang

mempunyai kombinasi warna yang

kontras dan menarik sudah tentu akan

membawa keriangan pada emosi kanakkanak.

Namun dari sudut daya

tumpuan, kemungkinan ilustrasi yang

menggunakan tidak melebihi tiga warna

akan lebih memberi kesan berbanding

terlalu banyak warna dalam sesebuah

kertas cerita.

Pelukis boleh sahaja menggunakan

medium cat air, pensel warna,

krayon, dakwat dan seumpamanya

untuk menyiapkan lakaran pada kertas

cerita. Semua ilustrasi biasanya diawali

dengan tahap sketsa, outline dengan

drawing pen, kemudian barulah

diwarnakan. Saya kira illustasi boleh

juga menggunakan perisian dan warna

daripada komputer! Lebih mudah dan

cepat. Setelah semua siap, ilustrasi

boleh juga dicetak digital.

92

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!