09.05.2019 Views

WADAH 2017_FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT WADAH 2017

mempercayai matlamat terapi digunakan

adalah bertujuan untuk menolong

klien supaya kongruen terhadap diri

dan persekitarannya. Menerima

dirinya secara sedar dalam setiap

pengalaman yang dihadapi agar

individu akan menjadi lebih realistik

dalam setiap persepsinya dan

membolehkan klien berkembang

mencapai ”self actualization” atau

pembenaran kendiri.

Dalam sesi ini, kaunselor telah

menekankan aspek menggalakkan diri

klien itu memahami persepsi tentang

dirinya dengan alam sebenar. Bagi

mencapai keadaan tersebut, satu

perhubungan yang terapeutik antara

kaunselor dengan klien telah berjaya

diwujudkan berasaskan kepada konsep

dan amalan:

a. penerimaan tanpa syarat

(unconditional positive regard),

b. ketulenan, kongruen

(congruence, genuineness) dan

c. empati (emphatic).

Dalam membina hubungan,

kaunselor telah menggunakan pelbagai

teknik dan kemahiran. Teknik-teknik

yang digunakan termasuklah; refleksi

perasaan, mendengar dengan penuh

minat dan empati, dan menggalakkan

klien menyatakan masalah secara

terbuka serta melakukan konfrontasi

(Ivey & Ivey 2007). Teknik-teknik

kaunseling yang digunakan amat

membantu klien dalam memahami

permasalahan, erti kebebasan, konsep

kendiri, serta ketegasan diri klien. Bagi

menggalakkan klien meluahkan

masalahnya, kaunselor turut menggunakan

soalan-soalan terbuka, refleksi,

parafrasa, meminta penjelasan dan

kemahiran-kemahiran asas kaunseling

yang lain. Tujuan utamanya adalah

untuk membolehkan kaunselor

memahami klien dan membantu klien

mencapai kesedaran kendiri.

Kaunselor turut memastikan

kepercayaan klien terhadap dirinya

dengan memelihara kerahsiaan

maklumat yang diberikan oleh klien

dengan melakukan pengstrukturan

pada peringkat awal sesi. Pengstrukturan

adalah kontrak yang

dilakukan secara verbal dengan klien

mengenai perjalanan dan proses sesi

yang dijalankan. Ia bermatlamat

menyediakan nada dan struktur sesi

perundingan yang bakal dilaksanakan

agar jelas terutamanya kepada klien.

Menurut Patterson & Welfel (2000),

pengstrukturan menjelaskan semua

pernyataan pengamal kaunseling yang

membolehkan klien mengetahui apa

yang boleh dijangkakan tentang proses

dan hasil aktiviti kaunseling. Jelasnya,

pengstruk-turan membantu menjadi-kan

sesi lebih bermakna dan mempunyai

arah.

Contoh dialog:

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!