06.08.2014 Views

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pada tahun 2004, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan hasratnya untuk

menubuhkan Taman Negeri Gunung Stong (TNGS) merangkumi kawasan Hutan Simpan

Gunung Stong Tengah seluas 21,950 ha yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri

Kelantan. Pengwartaan Taman Negeri tersebut adalah berlandaskan model Taman Negeri

Perlis dengan tanggungjawab pengurusannya kekal di bawah Jabatan Perhutanan Negeri

Kelantan yang melapor kepada Jawatankuasa Pengurusan Taman Negeri serta Jawatankuasa

Pandu Taman Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Mentri Besar.

Kawasan perlindungan seperti TNGS memerlukan sebuah pelan pengurusan, terutamanya

sekiranya ia juga dipromosikan sebagai destinasi ekopelancongan. Pelan pengurusan

terperinci mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan; tujuan Pelan

Pengurusan Awal ini adalah sebagai langkah sementara yang boleh dilaksanakan dengan

kadar segera dalam masa perantaraan, terutamanya dalam menangani beberapa isu penting.

Dalam pada itu, objektif-objektif Pelan Pengurusan Awal ini adalah untuk:

• Merangka suatu sistem pengurusan yang efisyen untuk TNGS;

• Membolehkan pengurusan yang berkesan untuk TNGS dan sumber semulajadinya.

• Mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan sumber-sumber biologi dan

ekonomi TNGS, melalui kaedah saintifik; dan

• Menyediakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat

setempat, dan tahap kesedaran mereka mengenai pemuliharaan alam.

TNGS pada masa ini berada di bawah pengurusan Daerah Perhutanan Kelantan Barat yang

berpusat di Tanah Merah, walaupun ia berkedudukan di Jajahan Kuala Krai ataupun secara

lebih terperinci, Mukim Kuala Krai Selatan, yang pejabatnya terletak di Dabong.

Penggunaan tanah di sekeliling TNGS termasuk Hutan Simpan Kekal dan kawasan pertanian,

terutamanya pokok getah, kelapa sawit dan dusun buah. Kebanyakan ladang getah dan kelapa

sawit adalah termasuk dalam kawasan yang dibangunkan oleh KESEDAR, FELCRA, dan

RISDA, manakala kebanyakan dusun buah-buahan dibangunkan oleh pengusaha tanah

persendirian.

Kepentingan TNGS adalah dari segi kedudukannya sebagai sebahagian daripada suatu

landskap hutan yang luas, merangkumi Banjaran Titiwangsa, kawasan Belum-Temengor

(sekitar 300,000 ha) di Perak, hutan Ulu Muda (sekitar 120,000 ha) di Kedah, dan juga Rizab

Hidupan Liar Hala Bala dan Taman Negara Bang Lang di Thailand.

Tujuan penubuhan TNGS ialah pemuliharaan sumber biologi, fizikal dan hidrologi Gunung

Stong serta ekosistem-ekosistem yang berkaitan, di samping membenarkan aktiviti

ekopelancongan yang terkawal.

Indikator untuk tujuan tersebut ialah tumbuhan, hidupan liar, perikanan, dan lain-lain sumber

biologi, fizikal dan hidrologi tidak menunjukkan kemerosotan ketara dalam masa lima tahun

perlaksanaan Pelan Pengurusan Awal.

ix

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!