06.08.2014 Views

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

Terma Rujukan untuk Jawatankuasa Taman Negeri Gunung Stong

Jawatankuasa ini dibentuk terutamanya untuk memberi arah tuju dalam pembentukan dan

pengurusan TNGS, dan akan bermesyuarat dari masa ke semasa untuk membincangkan isuisu

pengurusan berkaitan dengan TNGS, dan dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan

Negeri Kelantan. Apa-apa bentuk pembangunan di dalam TNGS harus mendapat persetujuan

daripada Jawatankuasa Teknikal ini. Ini adalah kerana agensi-agensi berlainan mungkin

mempunyai wawasan masing-masing untuk pembangunan dan promosi pelancongan di

TNGS. Sekiranya perhubungan dan kordinasi antara agensi-agensi tidak berkesan, ia boleh

mengakibatkan pembangunan yang tidak sesuai di dalam TNGS dan kawasan sekitarnya.

Pengezonan TNGS

Adalah dicadangkan supaya empat zon pengurusan diwujudkan, iaitu: Zon Pembangunan

(Stong Resort, Lata Kertas dan jalan masuk Denai Semuliang), Zon Pembangunan Sederhana

(Kem Baha and Dataran Benta), Zon Penggunaan Terhad (denai-denai, tapak-tapak

perkhemahan dan puncak-puncak gunung), dan Zon Pemuliharaan (kawasan-kawasan yang

terletak di luar ketiga-tiga zon di atas).

Pengwujudan Zon Penampan Yang Mencukupi

Secara amnya, zon penampan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: tanah kerajaan negeri,

kawasan hutan simpan yang bersebelahan dengan TNGS, dan tanah hakmilik. Adalah

dicadangkan bahawa untuk tanah hakmilik, suatu zon larangan pembangunan selebar 100m

diwujudkan sepanjang sempadan Taman Negeri. Untuk kawasan yang telah diwartakan

sebagai Hutan Simpan Kekal, kompatmen-kompatment yang terletak bersebelahan dengan

TNGS dicadang supaya ditetapkan sebagai zon penampan. Ini boleh dilaksanakan dengan

mewartakan kompatmen-kompatmen tersebut sebagai hutan perlindungan di bawah Enakmen

Perhutanan Negara (Pindaan) 2004. Untuk tanah kerajaan negeri pula, adalah disyorkan

supaya ianya dimasukkan ke dalam Hutan-hutan Simpan Kekal yang sedia ada dan ditetapkan

sebagai kawasan penampan.

Pembangunan di TNGS

Pembangunan haruslah berasaskan rangka konsep kawasan perlindungan, dan dihadkan

kepada tiga zon iaitu: Zon Pembanguna, Zon Penggunaan Sederhana dan Zon Penggunaan

Terhad. Pembangunan tidak dibenarkan di Zon Pemuliharaan. Tumpuan utama pembangunan

adalah di kawasan Stong Resort. Di dalam Zon Penggunaan Sederhana, pembangunan

dihadkan kepada infrastruktur asas seperti tapak perkhemahan, wakaf, tandas dan menara

pandang, manakala di dalam Zon Pengunaan Terhad pula, cuma wakaf dan papan tanda

dibenarkan.

Daya Tampung

Formula terperinci dan soal selidik untuk mendapatkan daya tampung adalah di luar bidang

kajian ini. Bagaimanapun, cadangan awal untuk daya tampung bagi beberapa kawasan di

TNGS adalah seperti berikut: kawasan Stong Resort (500 orang dalam suatu masa tertentu),

Kem Baha (150), Lata Kertas (50), Gua Bogo (30), G. Ayam (20), Gua Li (15), Kem Lembah

(15), Batu Hampar (20), Kem Kobra (20), Kem Tera (10), Gua Ikan (50), Gua Keris (30),

Gua Puteri (20), Gua Pagar (20).

Permit Masuk dan Bayaran Penggunaan

Buat masa ini, pelawat dikenakan bayaran RM2.00 setiap orang untuk memasuki kawasan

Stong Resort dan RM3.00 untuk permit masuk ke kawasan Taman Negeri. Bayaran RM2.00

itu pada asalnya adalah untuk membiayai kos pengutipan sampah tetapi keadaan sampahsarap

di kawasan resort itu masih tidak memuaskan. Pihak pengurus resort harus

diperingatkan mengenai tujuan asal yuran RM2.00 tersebut.

xii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!