06.08.2014 Views

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

Notis Amaran di Lokasi-lokasi Strategik

Notis-notis tersebut haruslah didirikan di kawasan-kawasan tumpuan pelawat seperti Stong

Resort, tapak perkhemahan, dan lokasi-lokasi strategik di sepanjang sempadan antara TNGS

dan tanah-tanah bersebelahan. Secara ringkas, notis-notis amaran ini memaparkan senarai

aktiviti yang dibenarkan dan yang dilarangkan, serta hukuman dan denda yang dikenakan

sabit kesalahan seperti pemburuan haram, penangkapan ikan dan membuang sampah.

Penglibatan Pemandu-pemandu Pelancong BAT (Baha Adventure Team)

Pemandu-pemandu pelancong dari BAT adalah sinonim dengan TNGS, oleh kerana mereka

berusaha untuk mempromosi ekopelancongan di kawasan tersebut, walaupun tanpa sokongan

institusi. Pemandu-pemandu BAT juga menjalankan penyelenggaraan denai, pengutipan

sampah, dan bantuan kecemasan. Mereka mempunyai jaringan yang rapat dengan pelawat dan

antarabangsa dan ini boleh membuka peluang untuk promosi Taman Negeri. Perkongsian

strategik boleh diadakan antara pihak pengurusan Taman Negeri dan pemandu-pemandu

pelancong BAT. Ini boleh dilaksanakan dengan menswastakan operasi Kem Baha (yang

boleh dinaiktaraf menggunakan peruntukan pembangunan) dan perkhidmatan pandu arah

kepada mereka. Dengan cara ini, kakitangan TNGS boleh menumpukan perhatian kepada

tugas mereka seperti meluluskan permit masuk. Pernah terjadi kes-kes di mana kumpulan

pelawat tanpa pemandu pelancong telah memasuki TNGS, dan sekiranya mereka tidak

diawasi, besar kemungkinan mereka terlibat dalam pembuangan sampah sarap di merata

tempat. Pemandu-pemandu pelancong BAT boleh dilatih untuk menasihat pelawat yang

melanggar undang-undang dan menahan mereka, sekiranya perlu, sementara menunggu

kedatangan pegawai penguatkuasa undang-undang.

Penubuhan Kelab Pencinta Alam di Sekolah-sekolah

Cinta terhadap pemuliharaan alam sekitar harus dipupuk di kalangan generasi muda, dan

sekolah-sekolah di sekitar Taman Negeri perlu dijadikan sasaran utama untuk pengendalian

kursus-kursus pendidikan alam sekitar, yang kemudiannya diperkembangkan untuk

merangkumi kawasan-kawasan lain sekiranya berjaya.

Perniagaan Hospitaliti Kecilan oleh Komuniti Tempatan

Komuniti tempatan di sekililing TNGS harus digalakkan supaya menjalankan perniagaan

mikro yang sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka, dan bidang hospitaliti

merupakan salah satu bidang yang sesuai dari segi potensinya.

Integrasi Pelancongan Agro dalam Promosi TNGS

Penanaman buah-buahan merupakan salah satu kegiatan pertanian kawasan pedalaman di

sekitar TNGS, dan integrasi industri ini dengan pelancongan akan menawarkan pilihan

produk yang lebih luas kepada para pelancong dan dapat menolong mengurangkan kesan

ekonomi akibat pengeluaran buah-buahan yang melebihi permintaan.

Kedai Kraftangan dan Peralatan Perkhemahan

Walaupun terdapat hanya beberapa orang tempatan yang berkecimpung dalam perniagaan

kraftangan dan peralatan perkhemahan oleh kerana kurang permintaan, terdapat potensi unuk

membangunkan lagi industri ini. Lebih ramai lagi penduduk tempaan perlu dilatih unuk

mengendalikan kedai-kedai sebegini dan mereka yang kini sedang menjalankan perniagaan

harus digalakkan supaya meluaskan rangkaian produk selaras dengan peningkatan dalam

permintaan.

xv

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!