06.08.2014 Views

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

Ringkasan Syor-Syor Pengurusan

Perundangan Kawasan Perlindungan

Penubuhan, tujuan dan pengurusan Taman Negeri akan ditentukan oleh Enakmen Perhutanan

Negara (Pemindaan) 2004, yang berasaskan model Taman Negeri Perlis untuk penubuhan

kawasan perlindungan. Di bawah perundangan negeri ini, TNGS akan diuruskan oleh Jabatan

Perhutanan Negeri Kelantan melalui penambahan satu lagi kategori dalam pengelasan hutan

simpan, iaitu “Taman Negeri”.

Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang oleh kakitangan Taman Negeri untuk membanteras kegiatan

haram adalah berdasarkan dua sumber utama, iaitu Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

(dipinda 1976 & 1988) dan Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) 2004. Salah satu isu

paling serius berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang ialah pencerobohan oleh

pencuri gaharu, samada warga asing atau sebaliknya. Ada kemungkinan mereka juga

mengambil kesempatan untuk menjalankan pemburuan haram dan mencari hasil hutan yang

lain seperti pucuk daun pokok palas yang endemik, Licuala stongensis, sebagai sumber

makanan. Tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memperbaiki penguatkuasaan

undang-undang termasuklah pengawasan dan rondaan yang lebih kerap oleh kakitangan

Taman Negeri, pengenalan suatu sistem ganjaran untuk pemberi maklumat dan pengetatan

proses pendaftaran di pintu-pintu masuk, untuk mengelakkan pencerobohan.

Rondaan Kawalan

Rondaan yang kerap dan secara rawak harus dijalankan di dalam kawasan TNGS dan

sepanjang sempadannya. Mereka yang menjalankan aktiviti haram harus ditahan dan undangundang

dikuatkuasakan di mana perlu. Kehadiran pegawai-pegawai Taman Negeri dengan

sendirinya merupakan suatu langkah pencegahan yang berkesan untuk membanteras kegiatan

haram. Operasi bersama boleh juga diadakan dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan

PERHILITAN, pihak tentera dan Pasukan Gerak Am Polis, untuk menangkap penjenayah.

Struktur Organisasi

Adalah disyorkan supaya jawatan Pegawai Taman Negeri disandang oleh seorang Pegawai

Hutan Gred G42, yang melapor kepada Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri. Di bawahnya

pula adalah 2 orang Penolong Pegawai Taman Negeri (G27), dan di bawah setiap Penolong

Pegawai adalah 2 orang Renjer Taman Negeri (G17) dan juga 3 orang Penolong Renjer

Taman Negeri (Pengawas Hutan, Gred G11). Seorang pemandu (R3) melapor kepada setiap

Penolong Pegawai Taman Negeri.

Terma Rujukan untuk Jawatankuasa Taman Negeri

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan dianggotai pegawai-pegawai

kanan kerajaan negeri. Jawatankuasa ini bermesyuarat dua kali setahun untuk membuat

keputusan mengenai isu-isu berkaitan dasar kawasan perlindungan di Negeri Kelantan.

Terma Rujukan untuk Jawatankuasa Pengurusan Taman Negeri

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, dan mempunyai mandat

untuk membuat keputusan berkenaan isu-isu pengurusan utama berkaitan dengan kawasan

perlindungan di Negeri Kelatan, termasuk pembentangan cadangan-cadangan untuk Tamantaman

Negeri baru untuk dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Taman Negeri.

Jawatankuasa ini akan bermesyuarat dua kali setahun.

xi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!