06.08.2014 Views

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

Dicadangkan supaya bayaran masuk dikekalkan pada RM3.00 seorang, manakala bayaran

konsesi (untuk budak sekolah di bawah 18 tahun, orang kurang upaya dan pesara) ditetapkan

pada kadar RM1.00 seorang. Yuran perkhemahan disyorkan supaya ditetapkan pada kadar

RM3.00 setiap orang untuk setiap malam, manakala untuk budak sekolah pula bayarannya

ialah RM2.00. Bayaran permit untuk kamera yang dicadangkan ialah RM5.00 dan untuk

kamera video pula, RM10.00. Bayaran permit untuk penggambaran komersil disyorkan pada

kadar RM200.00 setiap hari, manakala permit untuk penyelidikan pula RM50.00 setiap

penyelidik.

Lokasi Ibupejabat Taman Negeri

Ibupejabat TNGS boleh ditempatkan untuk masa ini di Pejabat Perhutanan Kuala Balah,

tetapi lebih sesuai sekiranya ia ditempatkan di Dabong atau Jelawang.

Kedudukan Pos Kawalan

Tapak-tapak perkhemahan yang tertentu boleh digunakan sebagai pos kawalan, di mana

kakitangan Taman Negeri boleh mengadakan rondaan dan pengawasan.

Pejabat Lapangan

Dicadangkan supaya sebuah pejabat diadakan di kawasan Stong Resort untuk tujuan

pendaftaran pelawat, pengutipan wang tunai untuk permit, tindakan kecemasan dan sebagai

markas untuk rondaan.

Pengawasan Sumber Biologi

Pada dasarnya, ini merupakan penilaian impak oleh pelawat dan pembangunan fizikal

terhadap hidupan liar dan ekologi am. Penilaian sebegini yang dijalankan secara berkala,

boleh berasaskan kehadiran atau ketidakhadiran spesis indikator yang boleh dikesan melalui

pemerhatian secara langsung ataupun tidak langsung iaitu melalui kesan najis, tapak kaki atau

bunyi. Suatu penilaian am boleh dibuat berkenaan keadaan alam sekitar di sepanjang denaidenai

dan lain-lain kawasan yang dikunjungi pelawat.

Pembangunan Keupayaan

Pembangunan keupayaan kakitangan Taman Negeri adalah perlu untuk mengisi jurang yang

ada dari segi kemahiran mereka dan merangkumi bidang atau topik yang berkaitan dengan

pembangunan kawasan perlindungan dan ini termasuklah perhubungan, pemanduan

pelancong, bantuan kecemasan, pembacaan peta, pemahaman ekologi asas dan kemahiran

komputer.

Kerjasama dan Perhubungan dengan Kawasan-kawasan Perlindungan Yang

Lain

TNGS harus menjalinkan perhubungan dengan lain-lain agensi pengurusan kawasan

perlindungan, untuk berkongsi pengalaman, maklumat, dan mencari jalan penyelesaian untuk

masalah-masalah yang dihadapi bersama. Peluang untuk pemasaran bersama juga harus diberi

perhatian, memandangkan setiap kawasan perlindungan mempunyai nic dan strategi

pemasaran masing-masing.

Perancangan dan Kaedah Laporan

Beberapa jenis laporan harus disediakan dari masa ke semasa oleh kakitangan TNGS dan

diserahkan kepada Ibupejabat Perhutanan Negeri, untuk tujuan analisa dan perancangan. Ini

termasuklah laporan berkenaan profil dan bilangan pelawat, kewangan Taman Negeri,

rondaan dan aduan.

xiii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!