08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015 Penyataan Bertulis 62

3.5 Blok Perancangan 5 (Templer)

3.5.1 Perumahan

i. Tujuan

Tujuan pembangunan perumahan di BP5 adalah untuk

menyediakan perumahan berdasarkan pelancongan iaitu

perumahan peranginan untuk menyokong aktiviti Templer Park

Country Resort.

ii.

Cadangan

• Pecahan lot mengambilkira topografi dan tumbuhan

semulajadi

• Pembangunan di kawasan yang melebihi kecerunan 25

darjah adalah tidak dibenarkan

• Pembangunan di bahagian kaki bukit perlu mengambilkira

risiko hakisan tanah dan mengikut Garispanduan

Perancangan Pembangunan Kawasan Bukit, JPBD

• Skim Perumahan Baru di BPK 5.2 iaitu di Rizab Melayu Kanching

dibangunkan dengan perumahan berkepadatan rendah.

Jenis perumahan yang dicadangkan adalah perumahan

sesebuah, berkembar dan teres.

• Kemudahan infrastruktur dan utiliti perlu disediakan

3.5.2 Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas Di BP 5

i. Tujuan

Cadangan pengangkutan dan pengurusan lalu lintas di BP 5

adalah bertujuan untuk:-

• Meningkatkan sistem perhubungan antara wilayah bagi

kawasan RTRK.

• Mengurangkan kesesakan lalu lintas di rangkaian jalan raya

sediada di kawasan RTRK.

ii.

Cadangan Jalan Baru

a. Cadangan Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba (LATAR)

Cadangan jalan baru di BP 5 adalah cadangan Lebuhraya Assam

Jawa-Taman Rimba (LATAR). Cadangan lebuhraya ini dijangka

akan meningkatkan aksesibiliti di kawasan RTRK dan seterusnya

menjanakan pembangunan di dalam kawasan RTRK. Selain itu,

cadangan lebuh raya ini juga akan mengagihkan lalu lintas terus

di Jalan Persekutuan 1 F1 (Jalan Rawang-Serendah) dan Jalan

Negeri B27 (Jalan Rawang-Batu Arang) yang melibatkan lalu lintas

dari arah Selayang ke arah Kuala Selangor atau sebaliknya.

Cadangan jalan baru di BP 5 ditunjukkan di dalam Rajah 3.41.

v. Cadangan Mempertingkatkan Perkhidmatan

Pengangkutan Awam

a. Perkhidmatan Bas

Kekerapan jadual perjalanan bagi laluan perkhidmatan bas

antara Rawang dan Kuala Lumpur dicadangkan ditingkatkan

kepada sekurang-kurangnya 15-20 minit bagi setiap sela masa.

b. Perkhidmatan Teksi

Perkhidmatan teksi perlu disediakan bagi menyokong

perkhidmatan pengangkutan bas terutamanya kawasan yang

tidak mendapat liputan bas dan di luar waktu perkhidmatan bas.

3.5.3 Alam Sekitar

i. Tujuan

Tujuan cadangan alam sekitar adalah untuk memastikan aktiviti

rekreasi akan memelihara kawasan sensitif alam sekitar seperti

sungai dan bukit batu kapur. Corak pembangunan perlulah sesuai

dengan rizab hutan di sekitar blok ini. Rujuk Rajah 3.43.

ii.

Cadangan

Untuk pembangunan perumahan peranginan, kepadatan unit

kediaman yang rendah dicadangkan dan jenis rumah terdiri

daripada rumah sesebuah. Rujuk Rajah 3.40

Ilustrasi rumah sesebuah bagi pembangunan berkepadatan rendah

di kawasan berbukit

iii.

Cadangan Menaiktaraf Jalan

Cadangan menaiktaraf jalan di BP 5 adalah menaiktaraf Jalan

Persekutuan 1 F1 (Jalan Rawang-Serendah) kepada sebahagian

dari cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (LE KLAS).

Cadangan menaiktaraf jalan ini secara tidak langsung akan

meningkatkan lagi aksesibiliti kepada kawasan RTRK.

iv.

Cadangan Persimpangan

Cadangan persimpangan di dalam BP 5 adalah jenis

persimpangan tidak searas. Cadangan persimpangan di BP 5

adalah:-

• Cadangan persimpangan jenis 'trumpet' menghubungkan

cadangan Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba (LATAR)

dengan cadangan Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah

(LE KLAS).

• Cadangan persimpangan menghubungkan cadangan

Lebuhraya Kuala Lumpur Arah Serendah (LE KLAS) dengan

cadangan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional.

Langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar yang dicadangkan

untuk BP5 adalah seperti berikut:

• Rizab Sg. Rawang perlu diwartakan sebagai koridor hijau.

Keindahan sungai ini perlu dikekalkan. Zon penampan

bertujuan untuk mengekalkan persekitaran semulajadi sungai

dan menapis air larian permukaan sebelum memasuki sungai.

Garispanduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu digunapakai

untuk menyediakan zon penampan sungai dan memastikan

pembangunan baru menghadap sungai. Pembuangan

sampah ke dalam sungai harus ditegah.

• Agrokimia (baja dan pestisid) harus digunakan secara

berhemat di padang golf untuk mencegah pencemaran air.

Kualiti air sungai perlu dijaga kerana kawasan RTRK terletak di

hulu takat pengambilan air di Sg. Selangor.

Cadangan persimpangan di BP 5 ditunjukkan di Rajah 3.42.

3- 62

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!