08.04.2015 Views

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan Rawang – Kuang, 1999 – 2015

Penyataan Bertulis

3.3.4 Kemudahan Masyarakat

ii.

Cadangan Jalan Baru

iii.

Cadangan Pelebaran Jalan

i. Tujuan

Penyediaan kemudahan masyarakat seperti kemudahan

pendidikan, keagamaan, kesihatan dan dewan adalah bertujuan

memenuhi keperluan penduduk. Penyediaan kemudahan ini

adalah berdasarkan kepada garispanduan dan piawaian

perancangan yang telah ditetapkan.

ii.

Cadangan

Bagi kemudahan masyarakat di BP3, tambahan kemudahan

adalah seperti tadika, klinik, pusat kesihatan, pondok polis, balai

polis, balai bomba, dewan serbaguna dan dewan orang ramai.

Cadangan kemudahan ini adalah berdasarkan kepada

keperluan penduduk dan agihan bilangan kemudahan ini dibuat

berdasarkan kepada blok perancangan kecil (BPK).

Cadangan ini merupakan keperluan kemudahan yang

diperlukan dan terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk

membangunkan kemudahan yang dinyatakan di dalam

jangkamasa perancangan.

Pembangunan komited termasuklah sebuah sekolah rendah, 2

buah surau, 2 buah dewan orang ramai dan sebuah dewan

serbaguna di BPK 3.1, sebuah masjid dan tanah perkuburan Islam

di BPK 3.3.

Rujuk Jadual 3.3 dan Rajah 3.24

3.3.5 Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas

i. Tujuan

Cadangan pengangkutan dan pengurusan lalulintas di BP 3

adalah bertujuan untuk:-

• Mengurangkan kesesakan lalulintas di Jalan Persekutuan 1 F1

(Jalan Rawang-Selayang).

• Meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya.

• Menyediakan sistem jalan raya yang menyeluruh

menghubungkan setiap kawasan pembangunan.

• Meningkatkan sistem perhubungan antara wilayah.

• Menyediakan sistem pengangkutan awam yang menyeluruh

dan efisien bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan

awam.

Cadangan jalan baru di BP 3 adalah seperti berikut:-

a. Cadangan Lebuhraya Assam Jawa-Taman Rimba (LATAR)

(projek komited)

Cadangan lebuh raya ini dijangka akan meningkatkan hubungan

antara wilayah bagi keseluruhan kawasan RTRK. Selain itu,

cadangan lebuh raya ini akan mengagihkan lalu lintas terus yang

menggunakan Jalan Persekutuan 1 F1 (Jalan Rawang-Selayang)

dan Jalan Negeri B27 (Jalan Rawang-Batu Arang) terutamanya

melibatkan lalu lintas terus dari arah Selayang ke/dari arah Kuala

Selangor atau sebaliknya.

b. Cadangan Jalan 30 Meter Menghubungkan Jalan

Persekutuan 1 F1 ke Kawasan Perindustrian Bersepadu

Rawang.

Cadangan jalan ini bertujuan bagi menyediakan laluan alternatif

selain dari Jalan Persekutuan 1 (Jalan Rawang-Selayang) dan

Jalan Negeri B27 (Jalan Rawang-Batu Arang) ke Kawasan

Perindustrian Bersepadu Rawang. Selain itu, cadangan jalan ini

akan meningkatkan lagi aksesibiliti kepada kawasan

pembangunan di sekitarnya.

Cadangan jalan ini juga melibatkan pembinaan jambatan

merentasi lintasan keretapi sediada. Persimpangan

menghubungkan cadangan jalan ini dengan Jalan Persekutuan 1

direkabentuk bagi memastikan kelancaran aliran lalu lintas di

samping memastikan aspek keselamatan yang tinggi kepada

pengguna jalan raya.

c. Cadangan Jalan Tempatan.

Cadangan jalan tempatan dengan rezab jalan selebar 20 meter

dicadangkan di kawasan pembangunan 'infill'. Cadangan jalan

ini bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti ke kawasan

petempatan dan pembangunan seperti kawasan penempatan

PKNS Batu 17, Batu 16, Kampung Muhibah, Taman Bersatu dan

Kawasan Perindustrian PKNS Batu 17.

Cadangan jalan baru dan cadangan rekabentuk persimpangan

di BP 3 ditunjukkan di dalam Rajah 3.25.

Cadangan pelebaran jalan di BP 3 adalah cadangan pelebaran

Jalan Persekutuan 1 (Jalan Rawang-Selayang) kepada jalan

kembar 2 lorong dengan rezab jalan selebar 40 meter. Jalan

perkhidmatan juga dicadangkan di kedua-dua hala jalan bagi

mengawal kenderaan keluar masuk ke Jalan Persekutuan 1 (Jalan

Rawang-Selayang). Cadangan pembaikan Jalan Persekutuan 1

(Jalan Rawang-Selayang) ditunjukkan di dalam Rajah 3.26

iv.

Cadangan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki

Rangkaian pejalan kaki dicadangkan di sepanjang Jalan

Persekutuan 1 (Bandar Rawang-Serendah) bertujuan

menyediakan kemudahan kepada pengguna. Ia juga dapat

menggalakan pejalan kaki dan mengurangkan kemalangan yang

melibatkan kenderaan bermotor dan pejalan kaki.

v. Cadangan Mempertingkatkan Perkhidmatan

Pengangkutan Awam

a. Perkhidmatan Bas

Perkhidmatan bas tempatan dicadang diperluaskan di kawasan

RTRK. Laluan perkhidmatan bas tempatan ini dicadangkan

menghubungkan kawasan penempatan dengan pusat bandar

Rawang. Perkhidmatan ini dicadangkan diintegrasikan dengan

perkhidmatan bas antara bandar, teksi dan komuter.

Stesen bas dan teksi bandar Rawang di BPK 1.1 dicadangkan

sebagai salah satu perhentian bagi perkhidmatan bas tempatan

dan perkhidmatan bas dan teksi antara bandar. Stesen

perkhidmatan bas dan teksi tempatan dicadangkan di pusat

kejiranan bagi setiap kawasan penempatan utama di dalam

kawasan RTRK.

Stesen perkhidmatan bas dan teksi tempatan dicadangkan di

Taman Mawar. Cadangan laluan perkhidmatan bas tempatan

dan stesen serta hentian bas dan teksi ditunjukkan di dalam Rajah

3.27

b. Perkhidmatan Teksi

Perkhidmatan teksi perlu disediakan bagi menyokong

perkhidmatan pengangkutan bas terutamanya kawasan yang

tidak mendapat liputan bas dan di luar waktu perkhidmatan bas.

3- 37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!